Daily Archives: November 20, 2018

Kisah Anak Yatim Yang Terlalu Merindui Nabinya

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan kisah-kisah Nabi dibulan kelahiran Baginda yang sangat mulia ini….Disini akan diceritakan satu kisah yang sangat menyayat hati kita, InsyaAllah.

Terjadi satu kisah dizaman Syeikh Abdul Rahman Ad-Diba’i, ketika beliau sedang berkumpul bersama orang-orang di kota Zabit untuk pergi menziarahi makam Rasulullah SAW di kota Madinah.

Ketika hendak bergerak bergerak ke kota Madinah, datanglah seorang anak yatim sekitar umur lapan tahun kepada Syeikh Abdul Rahman Ad-Diba’i, anak itu berkata:

“Wahai Syeikh aku hendak ikut menziarahi ke makam Baginda SAW”

Syeikh Abdul Rahman berkata “Begini anak kecil, aku takut nanti engkau akan membuat orang lain menjadi susah, tapi kenapa engkau sangat ingin ikut ke makam Nabi?”

Anak yatim itu pun menjawab “Wahai Syeikh percayalah! bahawa aku ini terlalu merindui Rasulullah SAW”

“Sudahlah engkau tetap tidak boleh ikut” kata Syeikh Abdul Rahman.

Maka berjalanlah rombongan itu. Sesampainya di kota Madinah, tempat di mana tersemadinya jasad suci Rasulullah SAW, alangkah terkejutnya Syeikh Abdul Rahman kerana melihat anak kecil yang berjumpa dengannya tempoh hari di kota Zabit sudah berada di hadapannya.

“Dari mana engkau datang wahai anak kecil, dan bagaimana engkau boleh ikut dan sampai di sini?”

Anak itu berkata “Ketika Syeikh hendak bergerak, aku masuk ke dalam peti dan ikut sekali bersama rombongan untuk menziarahi ke makam Baginda Nabi SAW”

“Aku tidak terkejut dan tidak hairan kalau engkau masuk ke dalam peti, tapi selama dua minggu, engkau makan dan minum dari mana?, tidak mungkin tidak makan dan minum selama itu!” tanya Syeikh Abdul Rahman kehairanan.

“Wahai Syeikh sungguh aku dilupakan dari makan dan minum kerana aku terlalu rindu kepada Baginda Nabi. Wahai Syeikh betulkah tanah ini pernah dipijak oleh Rasulullah SAW?” sambil menunjukkan tanah yang berada di hadapannya.

Pantas Syeikh Abdul Rahman Ad-Diba’i menjawab ” Ya benar wahai anakku, tanah ini pernah dipijak oleh Rasulullah SAW”

Kemudian anak yatim tersebut mengambil tanah itu lalu diciumnya, setelah dia mencium tanah tersebut anak kecil itu tiba-tiba tersungkur jatuh seakan-akan pengsan, rupanaya anak itu telah meninggal dunia dan dikebumikan diluar kota Madinah kerana dia adalah orang luar.

Kemudian rombongan itu terus mengerjakan ibadah umrah, ketika hendak pulang ke kota Zabit Syeikh Abdul Rahman Ad-Diba’i teringat kepada anak yatim itu, lalu beliau datang untuk menziarahi makam anak itu.

Ketika beliau melihat keadaan makam anak itu beliau menjadi kehairanan kerana makam itu berada di luar kota Madinah tetapi beransur-ansur masuk ke dalam kota Madinah mendekati makam Rasulullah SAW. Maka menangislah Syeikh Abdul Rahman Ad-Diba’i, sampai sekarang makam tersebut masih ada dari zaman Syeikh Abdul Rahman Ad-Diba’i dan makam tersebut ada di seberang Masjid Nabawi.

“Wahai anak kecil betapa hebat dan mulianya engkau sewaktu hidup pun engkau sangat rindu hendak menziarahi makam Rasulullah SAW dan sewaktu wafat pun engkau juga sangat rindu kepada Baginda” kata Syeikh Abdul Rahman. Syeikh Abdul Rahman pun menangis di dalam rumahnya, dia berkata di dalam hatinya” Aku ini seorang imam tapi aku malu melihat kecintaan dan kerinduan seorang anak kecil yang sangat mencintai Rasulullah SAW” dan imam tersebut menulis riwayat kisah anak tersebut di kitabnya.

Hebatnya cinta dan kerinduan seorang anak yatim kepada Rasulullah SAW, masih adakah di zaman ini hati orang yang seperti ini. Jadi marilah sama-sama kita menagih hati yang  tidak pernah putus-putus lagi dengan Baginda Rasulullah SAW di bulan yang berkat…

 

Call Now
Directions