Monthly Archives: May 2019

TERIMA KASIH ๐Ÿ’ž๐Ÿ˜‡

Alhamdulillah dengan keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini Rumah Amal Limpahan Kasih, mendapat sumbangan berbentuk barangan elektrik seperti mesin basuh dan juga blender, pada hari Eabu bersamaan 24 Ramadhan, daripada Cik Nor Zarifah dan keluarga (ayah dan mak).

Moga-moga segala yang disalurkan kepada RALK di nilai sebagai ibadah oleh Allah S.W.T dan diberikan rezeki yang berlipat ganda, segala urusan lahir dan batin dalam keluarga dipermudahkan Allah S.W.T, dan segala hajat dan doa Allah S.W.T kabulkan dengan keberkatan para kekasihNya



#Moga-moga kita semua mendapat Ramadhan yang hakiki
โ–โ–RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBAโ–โ–

TERIMA KASIH, Tadika Amazing Seed ๐Ÿ’ž

Terima kasih atas kedatangan Tadika Amazing Seed Puchong Prima pada bulan lepas bersamaan 13/4/2019 yang lalu, atas ikatan kasih sayang dan silaturrahim atas nama Allah dan RasulNya. Pihak Tadika Amazing Seed sudi menyumbang dan menjadi sponsor alat elektrik yang berbentuk penapis air SK Magic pada RALK.

Alhamdulillah pada 23 RAMADHAN bersamaan dengan 28/5/2019, anak-anak RALK mendapat sumbangan daripada Tadika Amazing Seed Puchong Prima yang menyumbang penapis air untuk Rumah Amal Limpahan Kasih.

terima kasih Tadika Amazing Seed
moga-moga semuanya dinilai sebagai ibadah oleh Allah S.W.T

# moga-moga kita semua mendapat Ramadhan yang hakiki
โ–โ–RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBAโ–โ–

MADAH HATI ๐Ÿ’ž III

Berbuka puasa bersama syarikat Cordova Properties

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca yang dirahmati Allah sekalian…

Alhamdulillah, pada 25 Mei 2019 bersamaan dengan 20 Ramadhan.. anak-anak Limpahan Kasih telah, dijemput untuk berbuka puasa bersama syarikat Cordova Holding SDN BHD di SIME DARBY CONVENTION CENTER MONT KIARA..

Anak-anak bersama pengarah syarikat Cordova & isterinya..

Terima kasih atas sumbangan & layanan yang diberikan oleh pihak Dato’, Datin, Tuan, Puan sekalian.. Semoga Allah memcucuri Rahmat & Berkat-NYA keatas diri & keluarga Dato’, Datin..โ˜บ๏ธโ˜บ๏ธโ˜บ๏ธ

Anak-anak RALK dijemput berbuka puasa bersama Datin Lara๐Ÿ˜˜

Assalmualaikum & salam ramadhan para pembaca sekalian ๐Ÿ™Œ

Datin Lara bersama guru-guru pengiring

Alhamdulillah dengan keberkatan bulan ramadhan, anak-anak Limpahan Kasih dijemput menghadiri satu program berbuka puasa bersama Datin Lara & kawan-kawannya pada 23 Mei 2019 yang lepas.. ๐Ÿ˜Š

Segala kebaikan & layanan pihak Datin Lara untuk anak-anak kami, amat dihargai.. Moga-moga Allah membalasi segala kebaikannya …

Senyum … Terima kasih semuanya ๐Ÿ™‚
Terima kasih, kerana sudi jemput kami untuk bernasyid
Call Now
Directions