Monthly Archives: April 2020

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

#Mohon diperpanjang-panjangkan

Assalamualaikum wrt, Dato/Datin/Tuan/Puan yang Allah s.w.t. berkati..

🏩 RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH mengalu-alukan Tajaan/Sumbangan sempena RAMADAN & SYAWAL bersama warga RALK 2020/1441H. RALK membuka peluang tajaan :-

💎 – Sahur, Iftar dan Moreh satu hari/sepanjang RAMADAN

  • Barangan asas dapur basah & kering

💎- Bayaran zakat, fidyah, sedekah dan infaq

💳 – Bayaran bil utiliti dan sewa

🧕🏽-Baju program seragam dan Baju raya

💎 – Persiapan Syawal baju raya,kasut raya,kuih raya dan duit raya untuk 140 pelajar perempuan dan 35 orang pelajar lelaki.

Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan, amatlah dihargai. Bagi yang berminat untuk menyumbang, untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi.

☎ Pejabat RALK (03-80523814)

☎️Pn.Aiman – 011-37037672
📲http://wasap.my/601137037672/Assalamualaikum+RumahAmal+LimpahanKasih

☎️Call&WhatsApp RALK (011-69889829)
📲http://wasap.my/601169889829/Assalamualaikum+RumahAmal+LimpahanKasih

Atau boleh salurkan sumbangan terus ke alamat atau akaun berikut.

»» Alamat – Lot 115A, Lorong Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg. Seri Aman, Bt. 13, 47100 Puchong Selangor.

»» MAPS@WAZE – Rumah Amal Limpahan Kasih

»» Maybank – PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH – 5627 7720 0627

#SEKIAN, TERIMA KASIH

https://ralkramadhanalmubarak3.danago.app

🏫 MEMBANTU AKAN DIBANTU 😊

#Mohon Share

#Mohon diperpanjang-panjangkan

Assalamualaikum wrt, Dato/Datin/Tuan/Puan yang Allah s.w.t. berkati..

🏫 RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH mengalu-alukan Tajaan/Sumbangan sempena RAMADAN & SYAWAL bersama warga RALK 2020/1441H. RALK membuka peluang tajaan :-

💎 – Sahur, Iftar dan Moreh satu hari/sepanjang RAMADAN

🍇 – Barangan asas dapur basah & kering

💎- Bayaran zakat, fidyah, sedekah dan infaq

💳 – Bayaran bil utiliti dan sewa

🧕🏽-Baju program seragam dan Baju raya

💎 – Persiapan Syawal baju raya,kasut raya,kuih raya dan duit raya untuk 140 pelajar perempuan dan 35 orang pelajar lelaki.

⇒ Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan, amatlah dihargai. Bagi yang berminat untuk menyumbang, untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi.

☎ Pejabat RALK (03-80523814)
📲 Pn.Aiman – 011-37037672
📲 En. Abuzar – 018-571 7490
📲 Pn. Fatimah – 018-664 5973
📲 Call&WhatsApp RALK (011-69889829)

⇒ Atau boleh salurkan sumbangan terus ke alamat atau akaun berikut.

⇒ Alamat ⇉ Lot 115A, Lorong Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg. Seri Aman, Bt. 13, 47100 Puchong Selangor.

⇒ MAPS@WAZE ⇉ Rumah Amal Limpahan Kasih

⇒ Maybank ⇉ PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH – 5627 7720 0627

#Sekian, Terima Kasih.

Butir Mutiara XXVIII

6 Keistimewaan Bulan Syaaban

Rejab, Syaaban dan Ramadhan adalah tiga bulan dalam kalendar Hijrah umat Islam yang amat diagungkan serta dimuliakan oleh Allah s.w.t sebagai peluang kepada kita umat Islam untuk menggandakan amal ibadah.

Antara ketiga-tiga bulan ini, apa yang ingin dikongsikan adalah mengenai bulan Syaaban iaitu bulan pertengahan antara tiga bulan mulia ini yang juga bulan ‘warming up’ bagi umat Islam sebelum menempuhi puasa Ramadhan pada bulan berikutnya.

Mungkin, ada yang masih belum mengetahui apa yang ada dalam bulan Syaaban? Mengapa bulan itu termasuk dalam kategori bulan yang dimuliakan oleh Allah S.W.T dan pelbagai persoalan lagi.

Berikut dikongsikan beberapa hadis dan kalam ulama yang menyebut mengenai bulan istimewa ini;

1. Rasulullah S.A.W Berpuasa Lebih Banyak Pada Bulan Ini

Saidatina Aisyah r.a menyatakan;

Tidak pernah Rasulullah s.a.w berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan). Sesungguhnya, Baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

2. Bulan Yang Diangkat Segala Amalan

Usman bin Zaid menceritakan Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w;

Wahai Rasulullah, aku tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa Tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban.

Lalu Baginda menjawab;

Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu, aku (Baginda) amat suka kiranya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa’.” Hadis Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai

3. Diampunkan Dosa-Dosa

Saidatina Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;

Sesungguhnya, Allah s.w.t turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.” Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah

4. Allah S.W.T Membuka Pintu Rahmat-Nya

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah;

Hendaklah kamu memerhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah s.w.t membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidulfitri dan malam Eiduladha.

5. Bulan Menambahkan Amalan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah s.w.t berfirman; ‘Sesiapa yang meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya’.

6. Adanya Malam Nisfu Syaaban

Perkataan ‘nisfu’ itu adalah dalam bahasa Arab yang bermaksud, ‘pertengahan’. Tahukah kita, di pertengahan bulan Syaaban atau lebih sinonim dipanggil sebagai ‘nisfu Syaaban’, sebelum memasuki bulan Ramadhan segala amalan setiap hamba Allah s.w.t akan diangkat ke langit dunia.

Baginda Nabi s.a.w turut menyarankan kepada kita umatnya untuk memperbanyakkan amal kebajikan pada malam tersebut.

Bahkan, sesetengah ahli tafsir ada yang menyatakan bahawa malam nisfu Syaaban itu adalah Malam Bara’ah atau malam keberkatan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca untuk melonjakkan lagi momentum ibadah kita semua untuk ‘dipersembahkan’ kepada Allah s.w.t.

Juga, sebagai persediaan untuk melalui bulan Ramadhan; bulan yang terkandung di dalamnya pelbagai keistimewaan dan ganjaran buat hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah….

Call Now
Directions