Daily Archives: May 4, 2020

MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

MEMOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM, MISKIN DAN ASNAF

Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 180 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu- pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.

2. Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan syawal yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka. Anak-anak dari usia 13 sehingga 19 tahun, terdiri dari kalangan anak-anak yatim, miskin dan anak asnaf.

3. Untuk makluman para penyumbang RALK tiada penyumbang tetap dari mana-mana pihak syarikat kerajaan atau swasta mahupun individu. Kerana itu kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak Jakel Trading dapat menaja baju raya buat anak-anak dan staf di sini.

4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak. Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan moga mendapat sebaik-baik kebaikan.

🛍 Tajaan Baju Raya anak-anak RALK
Anak-anak Lelaki (Jubah @ Kurta) & Anak-anak Perempuan (Jubah)

🛍 Tajaan Baju Raya sukarelawan RALK -Ustaz & Ustazah (Jubah)

☎️ Pejabat RALK (03-80523814)

📲Pn.Aiman – 011-37037672
http://wasap.my/601137037672/Assalamualaikum+RumahAmal+LimpahanKasih

📲Call&WhatsApp RALK (011-69889829)
http://wasap.my/601169889829khaulah/Assalamualaikum+RumahAmal+LimpahanKasih

Atau boleh salurkan sumbangan terus ke alamat atau akaun berikut.

»» Alamat – Lot 115A, Lorong Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg. Seri Aman, Bt. 13, 47100 Puchong Selangor.

»» MAPS@WAZE – Rumah Amal Limpahan Kasih

»» Maybank – PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH – 5627 7720 0627

#SEKIAN, TERIMA KASIH

https://ralkramadhanalmubarak3.danago.app

Call Now
Directions