Category Archives: Blog

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malam Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2.  Malam Nisfu Syaaban (malam 15hb Syaaban) juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan sesama Muslim.

3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Daripada ‘Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi’, baginda bersabda: ” Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?” saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing.” (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4.  Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5.  Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

23hb Februari 2024
13hb Syaaban 1445H

BACK TO SCHOOL 2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Kepada,
Yang Berkenaan,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Encik/Puan.

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEPERLUAN BACK TO SCHOOL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PPJLK) adalah sebuah PUSAT PERLINDUNGAN, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN yang mula beroperasi pada Tahun 2006 dan terletak di Kg. Seri Aman, Bt. 13, Puchong. Pada masa ini, PPJLK menaungi anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf dan OKU seramai 120 orang. Mereka ini terdiri dari anak-anak sekolah menengah, anak nursery dan juga remaja insaf. Sistem pendidikan dan penjagaan anak-anak di sini dijayakan oleh 30 orang petugas secara sukarelawan yang berperanan sebagai guru, penjaga asrama, penjaga anak nursery, pengurusan pentadbiran dan driver kenderaan.

3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PPJLK sedang mencari dana bagi melengkapkan keperluan ‘Back to School’ anak-anak pada tahun hadapan. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat sama- sama membantu dalam mengusahakan peruntukan tersebut.

4. Jika ada sebarang sumbangan berbentuk kewangan, boleh dibuat atas nama : Cek atas nama (MAYBANK) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661

Untuk Pertanyaan Lanjut Hubungi :-
WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR

5. Di sini, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang sudi sama-sama membahu dan menghulurkan bantuan dalam melengkapkan keperluan anak-anak disini. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari Tuhan dan menjadi amal jariah yang berkekalan serta mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti.

Sekian, terima kasih.


COUNTDOWN RAMADHAN..

COUNTDOWN RAMADHAN

“Sesunguhnya telah tiba bulan Ramadan yang penuh barakah, iaitu satu tempoh Allah memfardhukan kepada kamu puasa.  Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka,diikat padanya syaitan.  Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang dihalang kebaikannya maka sebenarnya dia dihalang kebaikan yang banyak”.  
(Riwayat Ahmad, Nasaie).

Bulan Ramadan : Anugerah Istimewa Kepada Kita.

Definisi puasa dari segi adat ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap.  Dari segi Syariat Islam, puasa bermaksud menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.  Ramadan membawa erti kepanasan atau batu-batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas.  Ramadan merupakan satu tempoh masa umat Islam diwajibkan berpuasa. Puasa bulan Ramadan telah difardhukan pada tahun ke-2 Hijrah. Ibadat puasa bukan sahaja dilakukan oleh umat nabi Muhammad SAW bahkan umat-umat terdahulu.

Apabila Ramadan datang, Rasulullah SAW begitu senang dan seronok dengan kedatangannya.  Para sahabat r.a. turut bergembira. Ini disebabkan Ramadan datang dengan banyak kelebihan dan keutamaan.  Baginda SAW dan para sahabat menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran dengan perbuatan iaitu melakukan ketaatan menunaikan perkara yang fardhu dan sunat sepanjang bulan ini.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan imam Abu Hurairah, baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Sesunguhnya telah tiba bulan Ramadan yang penuh barakah, iaitu satu tempoh Allah memfardhukan kepada kamu puasa.  Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka,diikat padanya syaitan.  Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang dihalang kebaikannya maka sebenarnya dia dihalang kebaikan yang banyak”.  (Riwayat Ahmad, Nasaie).

Di antara kebaikannya ialah Ramadan merupakan bulan keberkatan.  Berkat membawa maksud bahagia, beruntung dan berkembang.  Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikan berkat sebagai wujudnya kebaikan ilahi di dalam sesuatu.  Mencari berkat dapat disimpulkan mencari redha dan kebaikan daripada Allah SWT dalam melakukan amal kebajikan sehingga menghasilkan keberkatan.   Berkat diperolehi melalui amal ibadah yang bertepatan dengan perintah agama dan dilakukan semata-mata ikhlas kerana Allah SWT. Walaupun ibadat puasa membawa maksud lapar dan dahaga tetapi dengan pelaksanaanya yang ikhlas kerana Allah SWT, maka mudah-mudahan akan membawa berkat dengan mewujudkan sifat takwa dalam diri.

Banyak ibadat lain yang membawa kerberkatan apabila dilakukan dengan ikhlas apatah lagi dalam bulan Ramadan yang dijanjikan pahala berlipat ganda.  Kita sebenarnya diberi pelbagai pilihan untuk melakukan amal kebajikan.  Bersedekah di bulan Ramadan antara amalan terpuji dalam agama dan bukan sebagai adat semata-mata.  Dalam sebuah hadis riwayat imam Muslim yang bermaksud “Apabila kamu memasak lauk, maka perbanyakkanlah kuahnya, kemudian lihatlah ahli jiran kamu dan berikanlah kepada mereka”.  Di samping memohon doa untuk diri, keluarga, kita juga jangan lupa memohon doa dengan ikhlas untuk kebaikan orang lain.  Ini bertepatan dengan satu sabda nabi SAW yang bermaksud “Apabila seorang berdoa bagi saudaranya tanpa pengetahuannya, berkatalah para malaikat: Bagi kamu seperti itu juga”.  Begitu juga, kita boleh membanyakkan sedekah di bulan Ramadan.  Ini kerana maksud sabda nabi SAW “Sedekah dan solat di tengah malam dapat menghapuskan dosa seperi air memadamkan api” (Riwayat Tirmizi).

Di samping itu, bulan Ramadan merupakan bulan keampunan.  Apatah lagi bulan yang disediakan malam Lailatur Qadar.

Akhirnya, Ramadan merupakan bulan yang dapat mendidik dan membina akhlak mulia melalui madrasahnya selama sebulan.  Jadi kita sebagai mereka yang bertuah kerana dapat berjumpa bulan Ramadan, marilah merebut keistimewaan yang diberikan ini dengan bersyukur melalui ibadat yang ikhlas, mudah-mudahan ia menjadi asas untuk amalan kebaikan kita sepanjang hayat.

Petikan Dari

https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/07/09/bulan-ramadan-anugerah-istimewa-kepada-kita/
Call Now
Directions