Category Archives: Pengumuman

TEMPAHAN KUE RAYA 2018

Catering Limpahan Kasih

IFTAR

  • 2 JENIS KUIH-MUIH
  • MEE GORENG/BIHUN GORENG/

       KUE TEOW GORENG/NASI GORENG/

       BUBUR LAMBOK  } pilih salah satu

  • DISERT (1 jenis)
  • BUAH (1jenis)
  • KURMA
  • AIR PANAS

   ((RM7.00))

 

PAKEJ  A (1)

  • NASI PUTIH
  • AYAM MASAK :-

            -KARI

            -KURMA

           -LEMAK CILI API

           -SOP

           -GULAI

  • SAMBAL BELACAN
  • IKAN MASIN
  • AIR PANAS / SEJUK

      ((RM10.00))

 

 

PAKEJ  A (2)

  • NASI PUTIH
  • AYAM MASAK

      -SAMBAL

     -KICAP

    -GOREMG BEREMPAH

    – GORENG KUNYIT

    -SUP SAYUR / SAYUR MASAK LEMAK

  • SAMBAL BELACAN
  • IKAN MASIN
  • AIR PANAS / SEJUK

     ((RM10.00))    

  PAKEJ A (3)

  • NASI PUTIH
  • DAGING MASAK:

     -KARI

     -KURMA

     -LEMAK CILI API

     -ASAM PEDAS

  • SAYUR MASAK LEMAK/SAYUR GORENG
  • ULAM-ULAMAN
  • SAMBAL BELACAN
  • AIR PANAS / SEJUK

     ((RM 10.00))

 

PAKEJ A (4)

  • NASI PUTIH
  • GULAI IKAN MASIN
  • ULAM-ULAMAN
  • KEROPOK
  • SAMBAL BELACAN
  • AIR PANAS /SEJUK

     ((RM10.00))

 

PAKEJ B

  • NASI TOMATO
  • AYAM MASAK MERAH
  • ACAR
  • PAPADOM
  • BUAH
  • AIR PANAS / SEJUK

     ((RM 10.00))

PAKEJ C

  • NASI BERIANI 
  • DAGING MASAK: MASALA //KICAP //KURMA                      
  • AYAM GORENG BEREMPAH    
  • ACAR ((RM12.00))
  • BUAH TEMBIKAI
  • PAPADOM
  • AIR PANAS / SEJUK

PAKEJ D

  • NASI AYAM
  • BUAH-BUAHAN
  • KEROPOK
  • AIR PANAS / SEJUK

     ((RM8.00))

 

PAKEJ E

  • NASI ARAB AYAM
  • BUAH-BUAHAN
  • KEROPOK
  • AIR PANAS / SEJUK

       ((RM12.00))

 

PAKEJ F

  • NASI AYAM PENYET
  • BUAH-BUAHAN
  • KEROPOK
  • AIR PANAS / SEJUK

           ((RM8.00))

MOREH (PILIHAN 1/ 2)

  • CHAR KUE TEOW >RM5
  • AYAM GORENG MASYRIQ & BURGER >RM6
  • MURTABAK >RM3
  • ROTI CANAI >RM1
  • ANEKA BUBUR MANIS >RM2
  1. BUBUR KACANG
  2. BUBUR JAGUNG MANIS
  3. BUBUR CACAR
  4. BUBUR KACANG MERAH
  5. BUBUR PULUT HITAM
  6. BUBUR BALI+JAGUNG
  • NASI AIR >RM5
  • MEE GORENG PANAS >RM5
  • LAKSA UTARA / LAKSA KUAH SANTAN >RM4
  • MEE KARI >RM4
  • BIHUN SOP / MEE SOP >RM4

PILIHAN DESERT

  • PUDING KASTARD JAGUNG
  • AGAR-AGAR SIRAP SELASIH
  • AGAR-AGAR MILO
  • SAGU PELANGI
  • AGAR-AGAR PANDAN

PILIHAN KUIH-MUIH

  • DONAT GULA
  • SARDIN ROLL
  • BURGER MALAYSIA
  • KARIPAP
  • CARA MANIS
  • SAMOSA

 

 

#PERKHIDMATAN KATERING HI-TEA

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TEMPAHAN KATERING UNTUK SEBARANG MAJLIS SEPERTI :-

  • MEETING PEJABAT
  • JAMUAN PEJABAT
  • JAMUAN SEKOLAH
  • MAJLIS YASSIN & TAHLIL
  • MAJLIS AKIKAH
  • MAJLIS HARI JADI
  • JAMUAN KLINIK / HOSPITAL DLL

} PAKEJ SET MAKANAN DI SEDIAKAN SERENDAH RM5 {

 

AIR PANAS

  • Teh O
  • Teh Tarik
  • Kopi O
  • Kopi Tarik
  • Milo Panas
  • Nescafe O
  • Nescafe

 

KUIH-MUIH

  • Karipap Kentang
  • Karipap Ayam
  • Karipap Daging
  • Samosa
  • Cara Manis
  • Roti Canai
  • Buger Malaysia
  • Roti Jala

 

  • Sandwish Tuna
  • Sandwish Egg Mayo
  • Sandwish Tuna Spicy
  • Sandwish Ayam

**RM 1 untuk penambahan CHESE**

 

DESERT

  • Sagu Pelangi
  • Puding Jagung Susu
  • Cream Puff

ANEKA BUBUR

  • Bubur Kacang
  • Bubur Pulut Hitam
  • Bubur Jagung
  • Bubur Cacar

ALA CARTE

  • Mee Goreng
  • Bihun Goreng
  • Nasi Goreng Cina
  • Nasi Goreng Kampung
  • Nasi Goreng Biasa
  • Spagethi Goreng
  • Macaroni Goreng
  • Nasi Kerabu
  • Mee Kari
  • Laksa Utara
  • Laksa Kuah Lemak
  • Nasi Lemak Biasa
  • Nasi Lemak Ayam
  • Nasi lemak Telur Mata
  • Nasi Impit Kuah Kacang + Timun
  • Nasi Ayam

 

PERMOHONAN BANTUAN DERMA UNTUK MENAIK TARAF SURAU ASRAMA PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH

Aktiviti Harian - Solat Berjemaah Dilatih Pada Awal Usia Kanak-kanak

Aktiviti Harian – Solat Berjemaah Dilatih Pada Awal Usia Kanak-kanak

Assalamualaikum kepada semua para Penyumbang dan Dermawan yang dihormati sekelian,

Merujuk kepada perkara di atas Pusat Pendidikan Limpahan Kasih (PPLK) memberi peluang kepada semua para penyumbang dari semua golongan masyarakat serta seluruh muslimin muslimat untuk menanam saham akhirat dengan mendermakan atau memberikan bantuan kewangan bagi mengubahsuai dan menaik-taraf Surau di Asrama Pusat Pendidikan Limpahan Kasih.

2. Sukacitanya dimaklumkan Pusat Pendidikan Limpahan Kasih adalah sebuah Pusat Pendidikan dan Kebajikan yang menjaga serta menaungi seramai 120 pelajar, terdiri daripada anak-anak Asnaf dan anak yatim dari pelbagai latar belakang. Telah beroperasi dari tahun 2006 hingga sekarang. Disamping menguruskan sekolah agama untuk anak-anak ini, kami juga mewujudkan pusat latihan kemahiran bagi para remaja mempelajari kemahiran seperti ; Bakeri, Jahitan, Pengurusan Restoran, Pertanian, Penternakan, Kebudayaan dan Media. Buat masa ini Pusat Kebajikan kami tidak mempunyai penyumbang tetap untuk menampung perbelanjaan operasi, justeru untuk kos menaiktaraf surau ini, kami memerlukan sumbangan dan derma dari para dermawan untuk menjayakannya.

3. Tujuan menaik-taraf surau :

 Memberi keselesaan penghuni PPLK dan tetamu yang hadir bagi menunaikan solat,

 Mencegah haiwan-haiwan seperti kelawar, kucing masuk ke ruang solat.

 Mengelakkan tempias hujan yang masuk ke ruang solat.

4 . Sumbangan juga boleh dibuat atas nama akaun:

 Maybank : Limpahan Kasih Solutions – 562777220661

 Maybank : Pusat Pendidikan Limpahan Kasih – 562777200627

 Bank Islam : Rumah Limpahan Kasih – 12065010041461

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat pentadbiran di talian:

 Pejabat : 03-80523814

 Puan Yani : 018-9191658 / Puan Aiman : 011-37037672

5. Sehubungan itu, besarlah harapan kami bagi para dermawan yang dimuliakan Tuhan menghulurkan sumbangan dan mempertimbangkan hasrat mulia PPLK. Semoga sumbangan yang bakal dihulurkan, Tuhan melimpahkan rezeki yang berlipat ganda dan mendapat sebesar-besar keberkatan di dunia dan akhirat.

 LAMPIRAN:

Kos dan Keperluan Menaiktaraf Surau Asrama Pusat Pendidikan Limpahan Kasih :

BIL       PERKARA                               HARGA TAJAAN

1 Dinding Gypsum Board                  RM 300

2 Simen Bord                                       RM 1,100

3 Pintu Sliding Kaca                           RM 2,400

4 Tingkap Sliding Kaca                      RM 7,200

5 Mihrab                                                RM 2,000

6 Aircond 7.5HP                                  RM 7,500

7 Upah pasang Air Cond                    RM 1,000

7 Upah tukang                                     RM 1,000

8 Aluminium                                        RM 400

9 Karpet Surau 1200sq x RM6.5     RM 7,800

10 Upah pasang karpet                      RM 1,000

11 Baik Pulih tempat Wudhu’           RM 3,500

Jumlah keseluruhan                    RM 35,200

Para penyumbang boleh memilih bahagian manakah yang ingin ditaja. Semoga Tajaan yang diberikan mendapat Rahmat dan Keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Di bawah ini adalah gambar-gambar terkini suasana surau Pusat Pendidikan Limpahan Kasih

IMG_2504

IMG_2506

IMG_2507

IMG_2512

Jpeg

Jpeg

Jpeg

“Gembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kita kelak”

IBADAH QURBAN AMAL 2017

ramadhan 2

IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM,FAKIR MISKIN DAN ASNAF 2017

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas kami menawarkan *Pakej Ibadah Qurban Amal* yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1438H bersamaan 1hb September 2017 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak Yatim, Ibu tunggal, dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.

Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut :
»Harga satu bahagian daripada seekor lembu : RM 600.00
»Harga untuk seekor lembu : RM RM 4,000.00
»Harga untuk seekor kambing : RM 950.00

Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian berikut :

*En. Usamah : 012-6453582*
*Pn. Ilyani : 019-9191658*
*Pejabat : 03-80618050*
*Whatsapp : 018-2827910*

Akhir kata RALK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.

Call Now
Directions