Kisah seorang pemuda fakir dizaman Rasulullah SAW

Hayatilah dan ambillah iktibar dari kisah benar ini….

RASULULLAH TOKOH PERIBADI AGUNG

Suatu ketika dizaman Rasulullah SAW, ada seorang pemuda yang bernama Julaibib, nama ini juga sudah menggambarkan fizikalnya yang kecil dan pendek. Beliau juga tidak pernah mengenali siapa ibu dan ayah beliau, begitu juga orang ramai tidak pernah tahu siapa ibu dan ayahnya tidak kurang juga yang tidak mahu ambil tahu tentang nasab Julaibib.

Julaibib juga tidak banyak mendekati orang dan orang juga tidak mahu mendekatinya, kerana wajahnya yang buruk dan hitam tambahan pula beliau adalah seorang yang sangat fakir, bajunya sangat lusuh, tidak mempunyai rumah atau tempat berteduh, tidurnya hanya beralaskan tangan dan tapak kakinya hanya beralaskan pasir panas dan batu kerikil yang tajam

Pernah Abu Barzakh iaitu pemimpin Bani Aslam berkata kepada orang ramai “Jangan sampai Julaibib duduk-duduk diantara kalian, demi Allah jika dia berani begitu aku akan lakukan sesuatu yang ngeri terhadap dia!”.Begitulah tanggapan orang terhadap beliau.

Beliau seorang yang sangat kuat beribadah, selau berada dibarasan paling hadapan didalam saf mahupun barisan jihad.Walaupun orang ramai memandang jijik kepada beliau tetapi tidak pada Rasulullah SAW. Julaibib hanya tinggal di tempat orang-orang fakir berkumpul iaitu di masjid Nabi.

Suatu hari, Rasulullah SAW menegur Julaibib “Wahai Julaibib tidakkah engkau mahu menikah?”,Julaibib tidak sedikit pun terkesan dengan kata-kata RSAW seraya beliau berkata “Wahai Rasulullah siapakah yang sudi menikahkan anaknya dengan diriku ini…”.Mendengar jawapannya itu RSAW memegang tangan Julaibib dan membawanya ke rumah salah seorang pemimpin ansar, kemudian RSAW berkata kepada pemimpin itu “Aku ingin menikahkan puteri kalian”.Serta-merta berserilah wajah pemimpin ansar kerana dari pernikahan yang dipilih oleh RSAW itu pasti ada berkatnya.

“Akanku pinangkan anakmu untuk Julaibib” kata Rasulullah SAW, pemimpin itu sangat terkejut dan terkedu, dengan helaan nafas yang berat ia berkata “Aku harus meminta pertimbangan daripada isteriku dahulu…”

Dalam diam sang gadis yang akan dinikahi itu mendengar perbualan antara ayahnya dengan RSAW dari sebalik tirai itu berkata “Wahai ayahku siapakah yang meminta?,bukankah itu adalah permintaan Rasulullah, adakah ayah mahu menolaknya?”,kemudian gadis itu menyambung lagi “Berilah aku kepadanya, sesungguhnya dengan perkahwinan itu tidak akan datang kerugian atau kehancuran kerana ia nya dari Rasulullah”

Mendengar jawapan dari sang gadis yang solehah itu RSAW pun berdoa untuk gadis itu, “Ya Allah limpahkan kebaikan keatasnya, jangan engkau susah-susahkan kehidupannya dengan masalah-masalah'”

Takdirnya didunia bersama isterinya yang solehah itu tidak lama kerana bidadari-bidadari sangat-sangat merinduinya di syurga, Julaibib gugur sebaigai seorang jihad.

contohilah Saidina Julaibib

Dengan syahidnya Julaibib, RSAW terasa sangat kehilangannya tetapi RSAW ingin mengajar sesuatu kepada para sahabatnya.Maka diakhir pertempuran RSAW pun berkata “Apakah kalian kehilangan seseorang?”, para sahabat berkata “Tidak ya Rasulullah”, sebanyak tiga kali RSAW bertanya sahabat-sahabatnya mereka pun menjadi tidak keruan. Baginda pun berkata dengan perasaan yang tertahan-tahan “Tetapi aku kehilangan Julaibib wahai sahabat-sahabatku…”

Dengan segera para sahabat pun mencari jasad tubuh Julaibib itu, keadaannya sangat teruk dengan kesan-kesan luka diwajahnya, di sekelilingnya terdapat lebih 10 orang tentera musuh yang bergelimpangan. Maka RSAW pun mendakap tubuhnya dan berkata “Ya Allah dia adalah sebahagian dari diriku dan aku adalah sebahagian dari dirinya”.Kemudian RSAW yang memandikannya dan mengimamkan solat jenazah buatnya.

Begitulah kecintaan Baginda Nabi terhadap seorang yang tidak mempunyai kelebihan apa-apa bahkan hanya sekangkang kera….sekian

Saidina Julaibib kesayangan Rasulullah SAW 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions