MOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2019

MOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN

Dengan ini di maklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH  (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarang ialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.

2.         Pelajar di sini seramai 120 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki yang berusia 13 sehingga 19 tahun, terdiri dari kalangan anak-anak yatim dan anak keluarga asnaf. Pada awal penubuhan RALK pada tahun 2006 pelajar di sini hanya sekitar 30 orang sahaja.

3.         Untuk makluman para penyumbang RALK masih tiada penyumbang tetap dari mana-mana pihak syarikat kerajaan atau swasta  mahupun individu. Kerana itu kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menaja baju raya buat anak-anak di sini.

4.         Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan moga mendapat sebaik-baik kebaikan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan Allah.

Terima kasih, salam Ramadhan.

4 Responses to MOHON TAJAAN BAJU RAYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2019

  1. Fatin says:

    Assalamualaikum dan salam ramadhan. Pihak saya ingin membuat aktiviti di tempat pihak tuan contohnya seperti mengecat bilik buku/dorm atau apa-apa sahaja, membaiki apa yang perlu dan sebagainya di bulan Ramadhan ini. Dari pihak kami kemungkinan dalam 15 orang sukarelawan. Ada cara yang saya boleh hubungi pihak tuan untuk melanjutkan perkara ini? Terima kasih

    • Admin says:

      Wasalam,, Boleh sgt2 dialukan..

      untuk hubungi :
      Pn Aiman 011 37037672
      Pn Khadijah 011 28200319
      Cik Khaulah 018 2827910

  2. miss farah syuhada bt mohd puazi says:

    Salam..saya ada beberapa bag tudung untuk disedekahkan..semua ye masih dalam keadaan elok..pihak puan terima tak..terima kasih

    • Admin says:

      Wasala,,Ya boleh silakan..kami terima apa sahaja bentuk harang,Terima Kasih sudi memilih RALK untuk membri sumbangan.

      boleh hubungi nombor di bawah,

      011-11458472 (ustzh. safiah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions