MENGENALI KAMI

Lot 115A, Lorong Bistari 3,
Kg Seri Aman, Bt 13, 47100, Puchong, Selangor.
No Tel : 03-80523814
No Tel : Call & WhatsApp limpahan kasih – 011 69889829

PENGENALAN

Kami dari Pertubuhan Limpahan Kasih (PPM-012-10-01102021) menaungi anak-anak Rumah Limpahan Kasih (RLK) di Kg Sri Aman, Puchong. Anak-anak disini seramai 120 orang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin dan asnaf. Dasar Pendidikan kami di Rumah Limpahan Kasih ialah menjadikan Allah Tempat Bergantung Dan Nabi Sebagai Contoh Idola. Anak-anak di ajar, dididik dan dilatih tubi menjaga hubungan dengan Allah, membaiki sembahyang dan menjaga hubungan baik sesama manusia, berkhidmat dengan mereka. Pendidikan disini juga sangat menitikberatkan pembinaan akhlak mulia sebagai jati diri dalam menghadapi dunia yang sangat rosak dengan pelbagai kezaliman dan keruntuhan akhlak remaja. Selain 120 orang di asrama, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan oleh RLK. Sehingga kini jumlah mereke melebihi 300 orang di mana mereka sering dilibatkan dengan pelbagai aktiviti RLK.

RUMAH LIMPAHAN KASIH (RLK) memulakan operasi pada Januari 2006 di atas tanah milik persendirian dengan beberapa bangunan rumah lama yang diubahsuai menjadi asrama dan kelas pengajian. Hasil sumbangan semua pihak. RLK dapat membeli beberapa lot tanah berhampiran, dengan harapan dapat membangunkan sebuah kompleks kebajikan dan pendidikan yang agak sempurna.

Pihak Lembaga Pemegang Amanah RLK sedang berusaha meningkatkan kemudahan, kelengkapan serta prasarana yang sesuai agar dapat memberikan yang terbaik untuk semua penghuni RLK. Justeru kami amat menghargai keperihatinan semua pihak dalam menjayakan hasrat suci ini. Semoga Allah SWT menggerakkan lebih ramai golongan yang berkemampuan untuk sama-sama membahu dalam membela dan membantu proses mendidik anak-anak ini.

PROJEK KEMAHIRAN & KEUSAHAWANAN

RLK membelanjakan sekurang-kurangnya rm 80 ribu sebulan untuk kos operasi dan pengurusan pusat ini.

Justeru RLK mengambil inisiatif menambah sumber pendapatan dengan mewujudkan beberapa projek seperti ;

  • Kafeteria dan khidmat katering Limpahan Kasih .
  • Kek dan Bakeri – pembuatan dan pengedaran produk (donut, kek, bakeri dan produk sejuk beku) .
  • Khidmat Jahitan dan Barangan Terpakai (Bundle).
  • Menyediakan khidmat penyembelihan ayam mengikut syariat islam.
  • Pusat percambahan taugeh.
  • Membela ayam kampung untuk makanan Anak-anak dan jualan kapada masyarakat.

Walaupun aktiviti ekonomi ini belum berupaya menampung keperluan yang ada sekurang kurangnya ia sudah digerakkan. Alhamdulillah semuanya sedang semakin meningkat, Selain bertujuan menambah pendapatan RLK, projek-projek tersebut diharap dapat melatih anak- anak RLK selok belok perniagaan serta memberi pengalaman agar mereka boleh berdikari di masa hadapan.

Harapan dan doa kami agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang sudi berganding bahu bersama RLK dalam membantu kehidupan insan yang kurang bernasib baik ini. Semoga segala sumbangan dalam mencukupkan keperluan lahiriah dan rohaniah mereka, dibalasi dan diganjari Allah dengan rezeki yang berkatnya melimpah ruah. Amin Ya Allah.

Fungsi RLK

1.  Pusat perlindungan dan asrama untuk anak-anak yatim, miskin dan golongan asnaf

2. Mengagihkan lebihan barangan keperluan asas berupa makanan, pakaian sekolah, alat tulis serta peralatan lain yang disumbangkan kepada fakir miskin dan asnaf tanpa karenah birokrasi.

3. Tempat mengadu masalah bagi ibu tunggal, warga emas dan muallaf serta membantu mereka sedaya mungkin tanpa mengira masa dan tanpa mengira jauh atau dekatnya tempat tinggal mereka.

4. Pusat pendidikan dan pengajian untuk para penghuninya agar seimbang pada aspek  rohaniah dan lahiriah. Rohaniah bermaksud mengusahakan hati yang kuat terhubung dengan Allah dan Rasul. Manakala lahiriahnya dibimbing agar berkhidmat sebaik-baiknya untuk sesama manusia.

5. Mendaftarkan anak-anak yatim, miskin dan anak-anak yang terlibat dengan gejala sosial yang tinggal di rumah masing-masing menjadi anak-anak angkat RLK di mana mereka akan mengikuti program kebajikan dan pemulihan bersesuaian di bawah RLK.

6. Memberi perhatian kepada saudara baru supaya mereka tidak rasa terpinggir. RALK menjadi tempat untuk mereka berkongsi masalah dan mengadu kesusahan. Semua penghuni dan golongan yang dibantu RLK akan diusahakan sehingga dapat merasakan hidup sebagai satu keluarga. Yang sedikit disyukuri, yang banyak, bersama dikecapi.

7. Mencari penaja bantuan bulanan dan tiket penerbangan untuk anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga miskin yang ingin melanjutkan pelajaran keluar negara khususnya di Timur Tengah dan juga di Universiti tempatan

Prinsip RLK

Kesusahan adalah anak kunci kejayaan dalam pendidikan jiwa anak-anak. Kesusahan melahirkan insan berkualiti manakala kesenangan dan kemewahan adalah racun yang boleh mmebunuh jiwa mereka. Anak-anak RLK dilatih dengan ketabahan, kekuatan jiwa dan hubungan hati dengan Allah. Mendapatkan rasa takut setakut-takutnya pada Allah dan rindu serindu-rindunya pada Nabi SAW adalah usaha yang digerakkan secara berterusan.

Semuanya didapatkan melalui disiplin ibadah solat, selawat dan aktiviti kerohanian. Juga melalui kerja-kerja usrah yang dapat mengasah bakat kepimpinan, rasa tanggungjawab, meningkatkan kemahiran hidup dan keyakinan diri. Anak-anak RLK dilatih ke arah menjadi anak-anak soleh dan solehah, yang luar biasa, berketerampilan , peka dan kreatif serta sentiasa berbuat yang terbaik untuk menggembirakan orang lain.

Anggaran Perbelanjaan Bulanan RLK 2023 :- Sebulan

No Perkara Kos
1.
Makanan – (120 x RM12 x 30hari)
RM 54,000.00
2. Sewa Rumah RM 5,800.00
3. Kenderaan ( Ansuran van, petrol, tol) RM 4,000.00
4. Saguhati Sukarelawan (30 orang) RM 12,000.00
5. Bil Air RM 3,500.00
6. Bil Elektrik RM 5,000.00
7. Bil  Telefon RM 360.00
8. Alat Mandian RM 500.00
9. Rawatan Kesihatan RM 1,500.00
10 Penyelenggaraan RM 2,000.00
11 Lain-lain Perbelanjaan Sampingan RM 1,000.00
Jumlah Keseluruhan RM 89,660.00

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :

PEJABAT (Call & WhatsApp) :- 03 – 8052 3814 / 011 – 69889829

PN SITI HAJAR :- 014 – 7656275

EMAIL :- limpahankasih2@gmail.com /ppjlimpahankasih@gmail.com

Instagram :- limpahankasih_charityhome

Facebook Page :- Pusat Pendidikan Limpahan Kasih

Website :- www.RumahAmalLimpahanKasih.org

AKAUN :- MAYBANK
PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH :- 5627 7720 0627

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS :- 5627 7722 0661

76 Responses to MENGENALI KAMI

  1. Assalammualaikum….sy Pn Fauziah dr Kinrara Puchong maap sy nk bertanya jika ada anak yatim yg memerlukan keluarga angkat boleh berhubung dengan saya…
    Sy dh bekerluarga punya sepasang cahaya mata, (10, dn 5tahun) nk menambah cahaya mata tp belum diizinkn lg…rindu nk jga baby lg..jika ada minta hubungi saya…terima kasih

    • Admin says:

      WAALAIKUMSALAM PUAN.. PUAN BOLEH MENGHUBUNGI PIHAK PENGURUSAN DISINI – Pn Aiman ( 011 37037672 )

    • Eve Ernie Maidin says:

      Asalamualaikum, saya ada baju sejuk yang xpakai. sayang kalau xdigunakan. boleh kah sy dermakan ke rumah anak yatim?? kalau diizikan boleh, sila hubungi saya melalui whatsapp 0139932287 ya😇terima kasih..

      • ralk says:

        Wassalam,,dialu2kan..
        011-69889829 (Pejabat LK)

        RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

        Lot 115A, Lorong Bistari 3,
        Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
        Bt.13, 47100 Puchong,
        Selangor darul ehsan

  2. Liana says:

    Assalam….jika sy ingin sedekhkn bju dan tudung yg sy xgunakn lg,adkh pihak rumah amal sudi menerima sumbgn sy ini??

    • Admin says:

      Wasalam,, silakan blh sangat di alukan.. moga semuanya diberkati

    • Admin says:

      rumah Amal Limpahan Kasih
      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

      untuk pertanyan lanjut :

      011-11458472 (ustzh. safiah)

  3. ROHAIZAD BIN KULOP WAHAB says:

    Assalamualaikum us/utz

    Kami dari sebuah NGO berhasrat untuk membuat majlis berbuka puasa dan bertarawih serta pemberian sedikit cenderahati kepada penghuni RALK pada masa terdekat ini…boleh kah kami menghantar wakil untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Sekian terima kasih

    • Admin says:

      Wasalam,, Saya U. Khaulah,.
      Sangat dialukan Tuan Rohaizad Bin Kulop.. boleh saya nak dapatkan no. tel. Tuan. Untuk kami terus berhubung.

    • Admin says:

      Wasalam,, Saya U. Khaulah,.
      Sangat dialukan Tuan Rohaizad Bin Kulop.. boleh saya nak dapatkan no. tel. Tuan. Untuk kami terus berhubung.

      Untuk Hubungi kami :
      PN AIMAN – 011 37037672
      CIK KHAULAH – 018 2827910

  4. Diana says:

    Sye ad baju2 yg masih elok untuk didermakan. Adakah saya boleh menghantar baju2 melalui pos.

    • Admin says:

      Wasalam, baik boleh sangat-sangat dialukan,

      boleh hubungi nombor di bawah,

      011-11458472 (ustzh. safiah)

      dan pos barring melalui alamat yang tertera

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  5. Rafidah abd rahim says:

    Assalamualaikum,

    Saya ada baju kurung, tshirt, tudung terpakai…saya nk pindah rumah…ada barangan dapur, set cawan, katil, meja makan…klu sudi boleh dtg ambil kt rumah saya di taman kenari kajang.

    • Admin says:

      Wasalam,, baik boleh InsyaAllah.. Boleh saya nak daptkan no tel Puan..

      atau Puan boleh trus hubungi Pn Aiman – 011 37037672 atau saya sendiri 018 2827910

  6. Hasmanie hamzah says:

    Assalamualaikum, sy ada baju,tudung, pinggan mangkuk utk disedekahkn. Sudikah pihak tuan menerima ya?

    • Admin says:

      Wasalam,,kami sentiasa menerima barang terpakai atau baju2 terpakai dan juga baru..silakan

      utk sebarang pertanyaan blh brhubung dngan

      011-11458472 (ustzh. safiah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  7. Adzliza Salmi Bt Mohamad Azlan says:

    Assalammualaikum…sy dari MSU, management science University, sebuah university swasta dan kami ingin membuat khidmat masyarakat seperti memberi sumbangan brgan, tenaga dan duit kat tmpt puan..dgn siapa sy perlu berhubung?

    Pn Adzliza,
    0192187242

  8. Aida says:

    Salam

    Kalau nak sedekah barang2 keperluan boleh walk in bila2 masa ?

  9. Huzanna says:

    Assalamualaikum, sudikah pihak puan/tuan terima sumbangan dari saya seperti beras/gula?

  10. Noor fadzleeyanna says:

    Assalamualaikum, kami ingin mendermakan pakaian yang masih elok tapi tidak dipakai lagi, contohnya baju raya, dan beg2 sekolah terpakai, adakah pihak tuan terima?

    • Admin says:

      Wasalam,,kami sangat2 mngalukan untuk barang terpakai atau baju2 terpakai dan juga baru..silakan

      utk sebarang pertanyaan blh brhubung dngan

      011-69889829 (Cik khaulah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  11. Amalina says:

    Assalamualaikum. Rumah ni ada anak yatim yang masih bayi & menyusu? Saya berhasrat nak kumpul susu perahan , dan ingin mencari anak susuan yg boleh berdaftar untuk buat kad anak/ibu susuan.

    • Admin says:

      Wkmslm Pn Amalina yang dihormati.
      Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. Harap maaf, di waktu ini RALK tidak ada bayi anak yatim yang perlukan bantuan susuan.
      Muga-muga hasrat Puan dalam usaha ini diberkati Allah.

  12. Mohammad Kamil says:

    Assalamualaikum,

    Saya merupakan seorang staff dari Silverspoon International College. Kami sedang mencari pelajar-pelajar golongan Asnaf untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 di dalam bidang Seni Kulinari dan Pastri. Program ini mendapat tajaan pembiayaan dari Lembaga Zakat Selangor. Syarat kelayakan hanya perlu ada sijil berhenti sekolah, tahu menulis & membaca dan berumur 16 tahun ke atas. Jika ada, saya berminat untuk menghantar team kolej kami ke sana untuk perbincangan lebih lanjut. Sekian terima kasih.

    • Admin says:

      Wasalam, terima kasih pada En Kamil dn juga Silverspoon di atas hasrat baik intui menolong RALK dei sei yg dihasratkan oleh Silverspoon.. saya wakil RALK minta maaf kerana diwaktu ini tiada pelajar yg sesuai utk ikuti kursus yg dicadangkan.

  13. Azmah md zain says:

    Salam..saya ada pakaian terpakai..kalau saya nak dermakan macam mane..sekiranya boleh self pick up..

    • Admin says:

      Wasalam,,kami setia menerima barang terpakai atau baju2 terpakai dan juga baru..silakan

      utk sebarang pertanyaan blh brhubung dngan

      011-11458472 (ustzh. safiah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  14. Nur nabilah says:

    Assalamualaikum. Boleh ke sy sedekahkan beras 20kg ke sini?

    • Admin says:

      Wasalam,, boleh sgt2 dialukan.. utk keperluan mkan dn minum anak2 disini..terima Kasih moga yg membantu akan dibantu oleh allah swt..

  15. Liyana says:

    Assalamualaikum.kami dari medina salon.
    Syarikat kami Ade tawarkn perkhidmatan servis percuma seperti urutan/facial/pedicure/cuci rambut/potong rambut,selain itu kami juga buat servis gotong-royong.adakah cik/puan/tuan berminat servis kami ke tempat cik/puan/tuan?

  16. anie says:

    Assalamualaikum
    Saya nk bertanya, adakah pusat ini masih menerima pakaian terpakai. In sha allah bole la di jual semula.

    • Admin says:

      Wasalam,,kami setia menerima barang terpakai atau baju2 terpakai dan juga baru..silakan

      utk sebarang pertanyaan blh brhubung dngan

      011-37037672 (Pn Aiman) / 011-69889829 (khaulah) / 011-11458472 (ustzh. safiah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  17. SITI NURUL HIDAYAH says:

    Assalam tuan/puan,

    Maaf bertanya, saya berniat untuk membawa sedikit sumbangan makanan (beras, gula etc) Dan pada Masa sama adakah boleh saya menyantuni anak2 yatim di sana ? Sekadar ingin berjumpa Dan melayan mereka terutama yg kecil sebaya anak saya 2 tahun ke atas. Sekadar bertanya dahulu.terima kasih.

    • Admin says:

      Wasalam,,baik..insyaAllah.
      kami setia menerima barang terpakai atau baju2 terpakai dan juga baru..silakan

      utk sebarang pertanyaan blh brhubung dngan

      011-37037672 (Pn Aiman) / 011-69889829 (khaulah) / 011-11458472 (ustzh. safiah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  18. Siti samsiah says:

    Assalamualaikum.. Saya pun siti dari puchong perdana.. Maaf saya Ingin bertanya lingkungan umur anak2 di rumah amal ni. Saya ada baju baju melayu anak anak kecil umur 4 Dan 5 tahun untuk saya sedekahkan.. Boleh ke saya terus ke sana? Dan kalau boleh saya nak sedekahkan barang makanan keperluan asas juga

    • Admin says:

      Wassalam,, anak2 dri umur 13 – 18 thun,, utk sedekah baju anak2 kecil tu boleh Pn siti.. untuk barangan asas dn keprluan brang makanan skrng kami sgt2 perlukan untuk anak2 dn pnghuni disini.. (untuk hri ni dan hri akan datng kami dh kehabisan seprti brang2 di bwh)..terima Kasih atas keprhatinan Pn siti dan para dermawan yg lain..

      biskut
      milo, coco
      gula
      teh uncang
      roti
      susu tepung
      tepung gandum
      susu pekat dan lain2 lagi

      beras
      minyak masak
      bawang merah
      bawang putih
      telur dan lain2 lagi

      shampoo
      shower cream
      berus gigi
      ubat gigi
      tuala wanita
      dan lain2 lagi

      • Admin says:

        Moga kami anak2 dan juga penghuni RALK pandai bersyukur di atas nikmat2 yg datang dn diberikan. dgn kasih sayang & rahmat Allah swt,, pd kami semua.. melalui saluran para Penyumbang yang sgt2 mngambil berat unkt kami semua..

  19. Mohd Zairi Jolkifli says:

    Salam puan..kat sini ada memerlukan khidmat it atau berkaitan komputer x? Klu sy nak sumbangkan tenaga dan kemahiran utk ralk ni boleh x.time kasih

    • Admin says:

      utk sebarang pertanyaan blh brhubung dngan

      011-37037672 (Pn Aiman) / 011-69889829 (khaulah) / 011-11458472 (ustzh. safiah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  20. Zaharah Harun says:

    Assalammualaikum saya puan Zaharah dari Putrajaya, Saya pernah juga menderma kepada RALK melalui online, saya ingin tahu bolehkan jika saya mengambil seorang anak di RALK sebagai Anak Angkat.. kalau boleh yg berumur 13 @ 14 tahun. Saya tinggal berseorangan dan ibu tunggal dan juga pesara Kerajaan…buat masa ini saya sihat Alhamdulillah. Bagaimana prosedurnya?

    Harap dapat maklumbalas dari pihak puan, terima kasih

    • Admin says:

      Wasalam,,baik..insyaAllah.
      kami setia menerima barang terpakai atau baju2 terpakai dan juga baru..silakan
      Kami mohon maaf atas segala kesulitan, utk 3 bulan akan dtg ni kami tidak dapat buat pengambilan di man2 tempat.. Tuan/Puan boleh buat penghantaran Pos atau Tuan/Puan dtg ke RALK.

      utk sebarang pertanyaan blh brhubung dngan

      011-37037672 (Pn Aiman) / 011-69889829 (khaulah) / 011-11458472 (ustzh. safiah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  21. NURUL A'IN BINTI RAHMAT says:

    Assalammualaikum..saya nurul..saya seorang ibu tunggal…saya mempunyai anak 3 orang..2 orang anak lelaki saya pernah tinggal bersama bapa dua…tapi dia telah kembali kan ank lelaki saya kepada saya…saya tidak mampu menjaga 2 orang ank lelaki saya…boleh ke saya tempat kan anak saya di rumah amal limpahan kasih..dan yang kesian pada ank2 saya ini…bapa dia tidak pernah mengajar ank2 lelaki saya tentang agama

    • Aishah says:

      Adakah puan maksudkan utk bagi anak? Brp umur anak Puan? Klo betul sy nak Puan..
      017 7782647 Aishah, Shah Alam

  22. Mastura Bte Joharo says:

    Assalammualaikum! Saya Puan Mastura Dari Silverspoon International College. Ingin menyumbangan sediket keperluan barangan masakkan untuk anak-anak dan penghuni disini oleh pihak Kolej kami jika tidak keberatan.

  23. Azhari Shaari says:

    Salam Tuan/Puan Pentadbir RALK,
    Sila beri sedikit pencerahan tentang fungsi2 dan aktiviti2 yang akan dilaksanakan bagi kedua2 akaun Maybank RALK untuk kefahaman pemberi sumbangan. Sekian. Wasalam.

    • Admin says:

      WASSALAM, Utk akaun Pusat pendidikan limpahan kasih, fungsinya utk perbelanjaan pendidikan anak2 di sini. Utk akaun Limpahan kasih solutions, adalah lebih kpd perbelanjaan prasarana dan kebajikan makan minum anak2 di sini.

    • Admin says:

      Wassalam, Utk maklumat Tuan, akaun Pusat pendidikan limpahan kasih, fungsinya utk perbelanjaan pendidikan anak2 di sini. Utk akaun Limpahan kasih solutions, adalah lebih kpd perbelanjaan prasarana dan kebajikan makan minum anak2 di sini.

  24. Azhari Shaari says:

    Salam Penjaga/Pentadbir RALK,
    Sila beri sedikit pencerahan tentang perbezaan kedua-dua akaun tertera kepada umum. Apa perbezaan di antara akaun Limpahan Kasih Solutions dengan Pusat Pendidikan Limpahan Kasih? Sekian. Wasalam.

  25. Siti Nur zahirah says:

    Assalamualaikum,rumah ank yatim limpahan kasih ni masih ade lg ke skarang..jika ade blh sy dptkn number fon 😊

  26. Hasinah says:

    Salam…sy hasinah ..sy de sedikit baju Yang dah pakai n masih elok lagi…bole ke sy datang bagi baju baju tersebut

  27. Syaz says:

    Salam sy banyak pakaian yang masih elok yang tak terpakai. Sebab sy nak pindah baju baju pun tak dipakai lagi. Sy duduk area Nilai. apa apa boleh contact sy 0194489242

  28. Nooreha says:

    Salam Pn/Tuan,
    Saya ada mengumpulkan pakaian dan pinggan mangkok yang masih elok. Sekiranya saya bole sedekah pada pihak Puan, sila hubungi saya semula. 0122996314
    Terima kasih

  29. Nooreha says:

    Salam Pn/Tuan,
    Saya ada mengumpulkan pakaian dan pinggan mangkok yang masih elok. Sekiranya saya boleh sedekah pada pihak Puan, sila hubungi saya semula. 0122996314
    Terima kasih

  30. Rushdi Bin Nasrullah says:

    Assalamuaa’laikum…Maaf ya saya ad persoalan… saya ada niat ingin mengahwini anak yatim.InsyaAllah… Adakah proses untuk niat saya ini dan bagaimana?..Harap tuan / puan dpt berikan nasihat atau pencerahan…Segala perhatian tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

    Nama saya Rushdi bin Nasrullah.. 32tahun..bujang.. Bekerja di shah alam

  31. NORAINI BINTI DOLLAH says:

    Assalam.sy ingin bertànya n kepastiàn.àdakah ini dr pihak RALK

    Assalamu’alaikum tuan/puan.

    Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terima kasih dan syukur kepada Allah SWT atas sokongan tuan/puan selama ini terhadap usaha kecil kecilan ini

    Pada bulan Ramadhan ini kami akan menyediakan
    (1) juadah *berbuka puasa dan juga sahur* untuk 4 tarikh bagi anak2 di rumah Amal Limpahan Kasih, Kg Seri Aman, Puchong

    (2) Juadah khas untuk malam raya bagi Limpahan Kasih dan juga Pusat Jagaan Mesra, Bandar Bukit Puchong (baharu dibuka).

    *Untuk berbuka puasa:*
    Jumlah penghuni = 200 orang
    Kos = RM8.50/seorang ( berbuka dan sahur)
    Jumlah/tarikh= *RM1,700.00*

    *Untuk malam raya*
    Jumlah diperlukan= *RM700.00*

    5 tarikh yang telah ditetapkan ialah:

    *BERBUKA DAN SAHUR:*
    15/4/2021; 22/4/2021; 29/4/2021; 6/5/2021

    *MALAM RAYA:*
    Rabu 15 Mei 2021

    *■ MINGGU 1 – 15/4/2021*
    _Menu_
    Nasi putih, ayam masak asam pedas, sayur goreng, agar-agar, kurma dan kueh-mueh

    Sumbangan semasa:
    1) Hamba Allah rm100
    2) Hamba Allah rm50
    3) Hamba Allah rm51
    4) Hmba Allah rm20
    5) Hamba Allah rm20
    6) Hamba Allah rm125
    7)hamba Allah rm20
    8)hamba Allah rm20
    9)hamba Allah rm300
    10)hamba Allah rm50

    ■Jumlah terkumpul = *RM756.00
    ■ Baki diperlukan = *RM944*

    *■ MINGGU 2 – 22/4/2021*
    _Menu_
    Nasi putih, daging masak kari, sayur, agar-agar, kurma, kuih-mueh

    Sumbangan Semasa
    1)
    2)
    3)

    *■ MINGGU 3 – 29/4/2021*
    _MENU_
    Nasi putih, Udang masak lemak cili api, sayur, agar-agar, kurma, kuih-mueh

    _Sumbangan semasa:_
    1)
    2)
    3)

    *■ MINGGU 4 – 6/5/2021*
    _Menu_
    Nasi tomato, ayam masak merah, sayur coleslaw , agar-agar, kurma dan kuih-mueh

    _Sumbangan semasa:_

    1)
    2)
    3)

    *■MALAM RAYA -12/5/2021*

    Jumlah diperlukan = RM700.00

    _Menu_
    Lontong
    Rendang ayam

    Sumbangan Semasa
    1)hamba Allah rm700
    2)
    3)

    *CARA untuk Infaq:*
    Boleh disalurkan ke
    BSN :10149-41-00001909-3
    HASINAH BEGUM BT ZAINUDDIN

    atau
    Alliance Bank:
    620830013001542
    HASINAH TRADING

    Semoga Allah memberkati infaq tuan/puan kepada anak2 yatim/asnaf ini dan mereka menjadi insan yang soleh dan solehah, Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin. Terima kasih.

    Hasinah Begum
    Tel: 0143215808

  32. Mohd sabri bin daud says:

    Assalammuailaikum.. saya ingin sedekah rm1000.. macam mana caranya..

    • Admin says:

      Wassalam,, Tuan Sabri boleh Hubungi no Teflon pejebat urusan Rumah Amal Limpahan Kasih

      011169889829 @ 03-80523814

      No Akaun : Pusat Pendidikan Limpahan Kasih (Maybank) 5627 7720 0627

  33. Nurul says:

    Salam. Saya ada pakaian kanak2 terpakai, boleh ke saya sumbangkan ke rumah amal? jika boleh, saya akan pos.

    • Admin says:

      Wassalam,,dialu2kan..
      011-11458472 (ustzh. safiah)\ 011-69889829 (Pejabat RALK)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  34. Nurliyana asmidah binti samsuddin says:

    Assalamualaikum. Saya yana dari kinrara. Boleh ke saya amik anak angkat dalam umur setahun ke atas?? Macam mana dan dengan siapa saya nak berhubung??

  35. Dati says:

    Assalamualaikum. Saya dari Puchong. Saya ada baju-baju terpakai bagi kanak2 lelaki umur 6thn hingga 14thn dan baju blouse untuk wanita dewasa. Boleh saya walk-in atau perlu buat temujanji terlebih dahulu? Terima kasih.

    • Admin says:

      Wassalam,,dialu2kan..
      011-11458472 (ustzh. safiah)\ 011-69889829 (Pejabat RALK)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  36. NORADILA says:

    Assalamualaikum, boleh ke saya nak sedekahkan makanan yang telah siap dimasak secara bungkus di RALK atas nama arwah ibu saya? Dan jika boleh, boleh saya tahu berapa orang penghuni disini? Atau pihak RALK hanya menerima sumbangan seperti beras, gula dan sebagainya?

    • Admin says:

      Wassalam,,dialu2kan..
      011-69889829 (Pejabat RALK)/011-11458472 (ustzh. safiah)

      RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH

      Lot 115A, Lorong Bistari 3,
      Jalan Jurutera, Kg.Seri Aman,
      Bt.13, 47100 Puchong,
      Selangor darul ehsan

  37. Fahanim says:

    Assalamualaikum, maaf bertanya.. jika saya ingin mengambil mereka sbg anak angkat yg berumur 1 tahun kebawah bgaimana ya? Sy dari puchong juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions