KISAH IMAM BESAR

KISAH IMAM BESAR

Tulisan ini sungguh panjang… Tapi sebagai seorang Cikgu, Guru kita wajib baca….sebagai panduan dan pedoman bagaimana kita menyantuni anak murid kita yang pelbagai kebolehan mereka… Sebagai Guru kitalah paling banyak diuji KESABARAN… Teruskan »

IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT 2024

IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT 2024

Assalamualaikum,Kepada Yang Dihormati, Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas kami menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1445H bersamaan / 17 hb Jun 2024 pada tahun Teruskan »

“TETAPLAH BERPRASANGKA BAIK KEPADA ALLAH WALAU DALAM KEADAAN TIDAK BAIK SEKALIPUN”

“TETAPLAH BERPRASANGKA BAIK KEPADA ALLAH WALAU DALAM KEADAAN TIDAK BAIK SEKALIPUN”

Seorang wanita tua datang kepada Nabi Daud as dan mengadu : Wahai Nabi Allah, apakah Tuhanmu dzolim atau adil? Berkata Nabi Daud as; “Celaka engkau wahai wanita, Dia Maha Adil tak ada Teruskan »

SALAM JUMAAT PENUH RAHMAT DAN BERKAT🤲🏻

SALAM JUMAAT PENUH RAHMAT DAN BERKAT🤲🏻

💝Assalamualaikum wbt. 🌺Semoga berada dalam kasih sayang dan keberkatan para kekasih Allah. ☘️Kami dari Rumah Amal Limpahan Kasih ingin kongsikan kepeluan anak2 di limpahan kasih. Di bulan ramadan yg penuh Rahmat dn Teruskan »

RAMADAN 2024/1445H

RAMADAN 2024/1445H

💝Assalamualaikum wbt. 🌺Semoga berada dalam kasih sayang dan keberkatan para kekasih Allah. ☘️Kami dari Rumah Amal Limpahan Kasih ingin kongsikan kepeluan anak2 di limpahan kasih. Di bulan ramadan yg penuh Rahmat dn Teruskan »

💫SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1445H/2024M💫

💫SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1445H/2024M💫

🌍SAHAM BEKALAN MENUJU AKHIRAT🌎 ⚡️DERMA KILAT PEMBAYARAN TNB & SYABAS RUMAH LIMPAHAN KASIH💦 🌺Assalamualaikum pada semua YDK, Tuan/En/Puan/Cik💞🥰Semoga kita Semua dalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt..🤲🏻🤲🏻, pd sesiapa yg berhasrat utk Teruskan »

Ibadah Puasa dan Anugerah

Ibadah Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي Teruskan »

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan. Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup. Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau. Dengan engkau Teruskan »

 

💫SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1445H/2024M💫

🌍SAHAM BEKALAN MENUJU AKHIRAT🌎

⚡️DERMA KILAT PEMBAYARAN TNB & SYABAS RUMAH LIMPAHAN KASIH💦

🌺Assalamualaikum pada semua YDK, Tuan/En/Puan/Cik💞🥰Semoga kita Semua dalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt..🤲🏻🤲🏻, pd sesiapa yg berhasrat utk membantu anak2 dan seluruh warga Limpahan Kasih dgn memberi sumbgn Dana, boleh disalurkan atas acc .: -📌[MYBANK]
(PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH) :- 562777200627

No Akaun TNB (JomPay : Online BILLER CODE :- 5454)

  1. 220099317807 (Asrama 1)
  2. ⁠220261541606 (Asrama 2)
  3. ⁠220261531610 (Surau)

No Akaun SYABAS (JomPay : Online BILLER CODE :- 4200)

  1. 0497721000 (Asrama 1)
  2. ⁠9723870000 (Asrama 2)
  3. ⁠4706740000 (Asrama 3)

🌹Kami ucapkan Ribuan Terima kasih kepada semua yang membantu dalam apa jua bentuk sumbangan dan juga doa..Semoga Allah membalasinya dgn balasan yg lebih baik lagi didunia juga di akhirat kelak nnti.. aamiin ya Allah.🤲🏻🤲🏻

https://linktr.ee/rumahanakyatimasnaf

Ibadah Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Allah ‘azza wajalla telah berfirman; ‘Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’ Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya.” (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan yang kotor, lucah dan buruk serta hina, sama ada yang diucapkan, ditulis serta ditularkan.

4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a.  Gembira ketika berbuka puasa
b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.
 
Bangunkan Jiwa Taqwa. Semoga  Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah bagi mengapai Taqwa. Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi. Andaikan  Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

12hb Mac 2024
01hb Ramadan 1445H

REZEKIKAN KAMI YA ALLAH

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup.
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau.
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya.
Selagi engkau hidup, di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan.
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat.
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan.
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar.
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa.
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun.
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan.
Di waktu engkau hendak berhibur, diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata.
Di waktu engkau keletihan, Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan.
Selepas tidur, badan engkau segar dan bertenaga semula.
Tapi setelah engkau dapat tenaga, engkau membuat dosa dan noda.
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan.
Begitulah sepanjang hidup harian engkau.
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau.
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya.
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir, satu masa nanti engkau akan menemui-Nya.
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk.
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau?

9 HARI LAGI.

Call Now
Directions