Pengenalan

Pejabat RALK Tambahan Yang Dahulunya Projek Nursery Bunga

 

Alamat: Lot 115A, Lorong Bistari 3,
Kg Seri Aman, Bt 13, 47100, Puchong, Selangor.
No Tel: 03-80616050 / 03-80523814
Fax: 03-80607514

Email: limpahankasih2@gmail.com / limpahan_kasih@yahoo.com

FB: Rumah Amal Limpahan Kasih II

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK) adalah PUSAT KEBAJIKAN Dan PENDIDIKAN yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, dan yang layak menerima zakat. Selain 100 orang di asrama, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan oleh RALK. Sehingga kini jumlah yang berdaftar adalah seramai lebih 300 orang di mana mereka sering menyertai aktiviti RALK.

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH ini memulakan operasi pada Januari 2007, di atas tanah milik persendirian dengan beberapa bangunan rumah lama yang diubah suai menjadi asrama dan kelas pengajian. Hasil sumbangan semua pihak, RALK dapat membeli beberapa lot tanah berhampiran dengan harapan dapat membangunkan sebuah kompleks kebajikan dan pendidikan yang agak sempurna.

Alhamdulillah, Allah SWT mentakdirkan Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkeinginan datang bersahur dengan naak-anak RALK pada Ramadhan 2010.  Di kesempatan tersebut, Y.A.B. Dato’ Seri telah bermurah hati memberi sumbangan dari Tabung Dana Khas Perdana Menteri sebanyak RM1.7 juta. Ekoran itu, sebuah surau serta kompleks pendidikan RALK telah dapat dibina bagi melengkapkan kemudahan sewajarnya. Kompleks dan dataran RALK keseluruhannya mencapai keluasan 3.5 ekar.

Dengan bangunan sekolah, asrama dan rumah staf yang agak lengkap, sebuah institusi pendidikan atas nama Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selandor  (JAIS) awal tahun 2015. Ianya beroperasi sepenuhnya dengan mengguna-pakai Kurikulum Pendidikan Agama dan Bahasa Arab Bahagian Pendidikan JAIS.

Pihak Lembaga Pemegang Amanah RALK sedang berusaha meningkatkan kemudahan, kelengkapan serta prasarana yang sesuai agar dapat memberikan yang terbaik kepada semua penghuni RALK. Justeru kami amat menghargai keperihatinansemua pihak dalam menjayakan hasrat suci ini. Semoga Allah SWT menggerakkan lebih ramai golongan yang berkemampuan untuk sama-sama membahu dalam membela dan membantu proses mendidik anak-anak ini.

Call Now
Directions