Tag Archives: anak yatim penderitaan anak yatim dalam islam

Ada 13 Perkara Yang Boleh Kita Pelajari Dari Anak-anak Yatim…

(١) Bersyukur

Belajar untuk bersyukur…

Hal ini dapat di lihat dari segi sudut yang utama, bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa, ataupun sanak saudara yang menjaga kita.

Tapi anak-anak yatim?

Mereka hanya berbahagia sesama sendiri sahaja.

Bagi yang masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ada ibu bapa untuk kita bermanja, meluahkan perasaan dan berbahagia.

(٢) Menginsafi Diri

Apabila melihat anak-anak yatim, kebanyakannya mereka terjaga adab tertibnya kerana mungkin mereka sedar dari kecil, sudah tiada lagi ibu bapa.

Ini sangat menginsafkan terutama bagi sesiapa yang masih ada ibu bapa, tetapi tetap suka melawan, dan memarahi ibu bapa, padahal yang melahirkan dan menjaga kita adalah ibu bapa kita.

(٣) Hargai

Kita boleh belajar menghargai apabila melihat anak-anak yatim.

Anak-anak yatim juga sangat bergembira jika ada yang sudi melawat dan meraikan mereka.

Kerana mereka dapat menumpang kasih, inilah yang membuatkan mereka menghargai setiap pelawat dan setiap orang yang memeriahkan hari mereka.

Jadi, kita juga akan sedar untuk menghargai setiap detik kita bersama yang tersayang.

Hargai masa, dan hargai mereka yang berbuat baik kepada kita.

(٤) Semangat

Semangat mereka sangat tinggi untuk terus hidup walaupun mereka sudah tiada ibu bapa, itulah yang harus dipelajari.

Mereka tidak dapat semangat dari ibu bapa, tapi mereka mendorong diri sendiri, mereka mengatakan bahawa jika ibu bapa mereka masih hidup, mesti ibu bapanya hendak melihat kejayaan mereka.

Oleh sebab itu, kita seharusnya bersemangat untuk terus hidup… dan Berjaya dunia dan akhirat lebih-lebih lagi.

(٥) Bertambah Kepujian Kepada ALLAH

Apa maksudnya?

Ok, ini adalah dari kesan kesan yang baik, kedamaian terasa..

Maka kita akan terus teringat kepada Allah.

Allah mengetahui segala baik buruk dan Allah jugalah yang menjaga takdir kita.

Betapa hebatnya Allah mengatur kehidupan kita.

Mungkin di beri kurang yang sebelah sini, tapi ada kelebihan serta perkara baik di sebelah lagi.

(٦) Berkongsi Rezeki

Apabila sebut anak-anak yatim, ramai orang akan terfikir mengenai sedekah…

Dari situ, kita belajar untuk berkongsi rezeki dengan mereka.

Betapa bersyukurnya mereka dapat rezeki yang pelbagai.

Dan kita terdetik untuk menggembirakan mereka, maka rezeki yang kita miliki seperti, wang, atau barangan, automatik disediakan untuk di beri kepada mereka.

Sesungguhnya, berkongsi rezeki itu ada banyak kebaikannya dan Allah akan mengembalikannya semula dari pelbagai bentuk.

(٧) Menanam Rasa Ikhlas

Sedekah tanpa ikhlas, hanya sia-sia…

Jika di lihat wajah anak yatim, kita akan merasa sedih dan secara tak sengaja, keikhlasan itu akan wujud.

Walau tak banyak, tapi hati kita ikhlas, kita akan terasa damai. Betul tak?

(٨) Redha

Jika di lihat nasib mereka, kita akan faham erti redha.

Mereka yang masih kecil, baru belajar nak sekolah, tapi dah faham bahawa mereka adalah anak yatim dan harus kuat.

Tapi kita? dimanakah sikap redha kita?

Ujian yang datang, kita memaki hamun terus, di mana redha kita?

Jadi belajarlah untuk redha…

(٩) Silaturahim

Bagi anak yatin keluarga mereka adalah mereka sesama sendiri.

Silaturahim antara mereka memang kukuh kerana mereka saling memberi sokongan.

Di sini memupuk kita untuk menjaga silaturahim walaupun mungkin ada pergaduhan dalam kehidupan, tapi kita tidak boleh memutuskan silaturahim.

Jaga hubungan dengan manusia untuk mendapat keredhaan-NYA..

(١٠) Tanggungjawab

Kita dapat belajar erti tanggungjawab daripada anak-anak yatim..

Hal ini adalah kerana apabila melakukan aktiviti bersama mereka, kita sendiri merasa bertanggungjawab untuk menggembirakan mereka dan menjalankan tugas sebagai muslim.

Orang Islam digalakkan memuliakan anak-anak yatim, jangan di hina atau memakan harta anak yatim sesuka hati.

Kita juga bertanggungjawab untuk perjalanan hidup kita sebelum dikembalikan kepada-NYA.

(١١) Positif

Bagaimana mereka beraya tanpa balik ke kampung ibu bapa atau sanak saudara?

Tapi mereka tenang dan cuba membiasakan diri walaupun ada kelainan dalam rutin raya mereka.

Fikiran mereka sudah tentu sedih tapi kekal positif, tiada yang terlalu sedih sehingga nak buat perkara yang bukan-bukan.

Manusia seharusnya berfikiran positif dan bersangka baik kepada ALLAH kerana di setiap kejadian ada sebab musabab tertentu.

(١٢) Menanam Rasa Rendah Diri

Rasa rendah diri itu akan wujud apabila melihat ada insan yang lebih tabah dan meyakini Allah lebih daripada kita sendiri.

Terasa rendah diri kerana baya sekecil mereka lebih positif dan bersemangat daripada diri ini yang mudah tertekan dengan banyak perkara walaupun hal remeh.

Kenapa perlu sombong dalam kehidupan sedangkan nasib kita, Allah jua yang tentukan…

(١٣) Meningkatkan Keimanan

Kasih sayang yang kita hulurkan kepada mereka bererti kita ada iman dalam diri…

Hal ini kerana, apabila berhadapan dengan mereka, kita merasa kasihan, ingin menyampaikan berita gembira kepada mereka, sabar dan ingin berbuat baik.

Mensyukuri nikmatNYA itu bererti kita mengingati Allah…

Begitulah perkara yang boleh di pelajari jika benar-benar di fahami dan dihayati.

TAKUT ITU ADALAH BENTENG DARIPADA TERJEBAK DENGAN DOSA!!!

KEKAYAAN ITU ADALAH BONUS UNTUK MENYIAPKAN BEKALAN AKHIRAT!

PENYUMBANG MENYAMBUT HARI LAHIR DI RALK

NIKMAT kekayaan sebenarnya adalah ujian sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan atau kekayaan itu menjadikan kita lalai dan leka daripada-Nya. Kemiskinan bukanlah bermakna kita terlepas daripada ujian Allah SWT kerana ia juga ujian kesabaran atau boleh menyebabkan kita akan selalu mengeluh, Malah ada yang berperasaan Allah itu tidak menghiraukan kemiskinan yang dihadapinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami uji sebahagian daripada mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang yang kaya itu berkata (kepada orang fakir miskin yang beriman): Inikah orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? (Allah berfirman): Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur?” (Surah al-Ankabut, ayat 53)

Kekayaan atau kemiskinan bukanlah ukuran keimanan kepada Allah SWT tetapi keimanan diukur melalui hati atau tindakan kita terhadap Allah SWT, sama ada bersyukur dengan nikmat dikurniakan dan bersabar dengan ujian kemiskinan dihadapi.

Setiap ujian diberikan pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui. Allah SWT menjadikan adanya golongan kaya dan miskin untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Setiap manusia di dunia ini memiliki kelebihan serta kekurangan masing-masing dan tiada manusia yang sempurna di sisi Allah SWT. Seperti dizaman Rasululllah SAW dan para sahabatnya, yang kaya menjadi BANK kepada yang miskin dan yang miskin bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada mereka, bagi mereka yang lebih mereka takutkan didunia ini ialah apabila tercabutnya iman dihati mereka.

EDARAN MAKANAN JUMAAT BERKAT DARI RALK KEPADA MASYARAKAT

Kepada mereka yang memiliki kekayaan, janganlah leka dengan segala nikmat diberikan itu sehingga lupa untuk melakukan amal dengannya. Rebutlah peluang yang Allah SWT kurniakan untuk membantu orang miskin, inilah BONUS untuk mereka yang kaya supaya dapat mengurangkan perhitungan diakhirat sana.

Berkongsi kekayaan dengan orang miskin adalah satu cara kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Ingatlah, janganlah merasakan ia satu kerugian kerana membantu orang-orang miskin, kerana janji Allah SWT itu pasti ada keindahannya yang tidak dapat dibayangkan dan digambarkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 215)

ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN…

Dan yang pastinya!, kekayaan dan kemiskinan adalah hak Allah SWT dan sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana dalam perancangan-Nya kepada umat manusia.

JANGANLAH KITA JEMU MENJADI ORANG YANG SENTISA BERPESAN-PESAN KEPADA KEBAIKAN…

3 UNIT BANGUNAN *KAFE *BAKERI *PASAR SEGAR
(UNTUK KEGIATAN KEMAHIRAN ANAK-ANAK RALK)
MENJADI MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA YANG LAIN…

REZEKI ITU BIARLAH ADA BERKATNYA…

“Haiwan pun berpagi-pagi mencari rezeki!”
Call Now
Directions