Tag Archives: rumah anak yatim

TERIMA KASIH ๐Ÿ’ž๐Ÿ˜‡

Alhamdulillah dengan keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini Rumah Amal Limpahan Kasih, mendapat sumbangan berbentuk barangan elektrik seperti mesin basuh dan juga blender, pada hari Eabu bersamaan 24 Ramadhan, daripada Cik Nor Zarifah dan keluarga (ayah dan mak).

Moga-moga segala yang disalurkan kepada RALK di nilai sebagai ibadah oleh Allah S.W.T dan diberikan rezeki yang berlipat ganda, segala urusan lahir dan batin dalam keluarga dipermudahkan Allah S.W.T, dan segala hajat dan doa Allah S.W.T kabulkan dengan keberkatan para kekasihNya



#Moga-moga kita semua mendapat Ramadhan yang hakiki
โ–โ–RAMADHAN MEMBAWA KEMUNCAK KERINDUAN SEORANG HAMBAโ–โ–

Satu Kisah Dizaman RSAW

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA SATU KISAH MENGENAI ‘ZAKAT’ DI ZAMAN RASULULLAH SAW. BISMILLAHโ€ฆ..

Suatu ketika Rasulullah SAW telah mengutuskan Saidina Umar untuk mengumpulkan zakat harta dari orang-orang kaya. Rasulullah bersabda kepada Saidina Umar โ€œPergilah kamu,untuk mengumpulkan zakat hartaโ€œ

Maka pergilah Saidina Umar dengan membawa satu amanah daripada Rasulullah SAW. Sampai disatu tempat beliau pun berteriak denagn suara yang lantang seraya berkataโ€Bayarlah zakat harta kalian! ia tidak akan digunakan sewenang-wenangnya, Zakat itu hanya diberi kepada anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf zakat dan orang-orang yang memerlukan sahajaโ€ฆโ€.Saidina Umar pergi dari satu pintu ke satu pintu rumah yang lain sambil mengucapkan kata-kata yang sama.

Maka dengan seruannya itu berdatanganlah orang ramai kepadanya.Maka salah seorang diantar mereka berkataโ€Siapakah yang telah mengutuskan engkau wahai Umar?โ€,lantas Saidina Umar menjawabโ€Yang telah mengutuskan aku ialah Rasulullah SAWโ€ฆโ€.Dengan mendengar sahaja jawapan itu Saidina Umar itu orang ramai serta-merta membayar kewajipan zakat itu.Begitulah power keajaiban dan keberkatan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW yang dapat menakluk setiap hati-hati manusia

“Alhamdulillah, for always giving me what I needed instead of I wanted “ ๐Ÿค—

Setelah Saidina Umar mengumpulkan zakat harta dari setiap kaum muslimin, sampailah Saidina Umar kepada tiga orang sahabat yang menolak untuk membayar zakat harta mereka.Mereka itu ialah Saidina Abbas, Saidina Khalid Alwalid dan Ibnu Jamil.

Orang yang pertama Saidina Umar datang ialah Saidina Abbas dengan berkataโ€Tunaikanlah zakatmu wahai Abbas!โ€,Saidina Abbas pun bertanya โ€œSiapakah yang mengutuskanmu wahai Umar?โ€, โ€œRAsulullah SAW..โ€ jawab Saidina Umar, kemudian Saidina Abbas pun berkata โ€œAku tidak akan membayarnyaโ€.

Lalu Saidina Umar pergi kepada Saidina Khalid Alwalid dengan menyeru โ€œTunaikanlah zakat!โ€.Saidina Khalid berkataโ€Saipakah yang mengutuskanmu?โ€,Saidina Umar menjawab denagn tenang โ€œRasulullahlah yang mengutuskankuโ€ฆโ€,tetapi jawapannya tetap sama dengan Saidina Abbas tadi, begitu jugalah dengan Ibnu Jamil.

Maka Saidina Umar pun pergi mengadap Rasulullah SAW dengan membawa zakat harta yang telah dikumpulkan.Beliau menyatakan kepada Rasulullah SAW semua kaum muslimin telah membayar zakat harta kecuali tiga orang sahabat.Rasulullah SAW bertanya โ€œSiapakah mereka wahai umar?, Saidina umar menjawab 
โ€œMereka itu ialah Saidina Abbas, Saidina Khalid Alwalid dan Ibnu Jamilโ€.

Dengan itu Rasulullah SAW pun menjawab โ€ Wahai Umar tidakkah engkau tahu Abbas adalah pakcikku?Akulah yang akan membayar zakatnya selama dua tahun, sebab aku telah meminjam wang zakatnya selama dua tahunโ€,kemudian Rasulullah SAW pun menyambung lagiโ€Adapun Khalid, kalian telah berlaku zalim terhadapnya.Dia telah mewakafkan seluruh pembekalan dan perlengkapan miliknya di jalan Allah, semuanya telah tergadai di jalan Allah.Apakah didalam harta wakaf terdapat kewajipan membayar zakat?,jika Khalid hendak pergi berperang, dia akan memanggil 100 orang pasukan berkuda dan akan memberi setiap daripada mereka satu pedang, satu tombak dan seekor kuda, semua itu akan dijadikan wakaf untuk Allah, oleh kerana itulah anak-anaknya tidak dapat mewarisi apa-apa daripadanya, wahai Umar kamu lihatlah nanti saat kematiannya Khalid tidak akan meninggalkan apa-apa kecuali baju yang sedang dipakainya ituโ€ฆ.โ€begitulah hati seorang pemimpin sentiasa memikirkan perasaan umatnya.

Kisah yg mengetuk Hati

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.
Pengemis itu berkata:
“saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah.”
Rasulullah bersabda:
“Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu”.
Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW.
Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
“Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? “
Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta dan ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi.
Alangkah gembiranya si buta tersebut,
dengan memegang baju Rasulullah SAW yang dia dapat. Orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
“Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU”.
MaaSyaa Allahโ€ฆ
dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.
Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:
Wahai Rasulullahโ€ฆ pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku”. Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:
“Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita”.
Subhanallahโ€ฆ

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala SHADAQAH itu ada 5 macam:

ุฃูŽู†ูŽู‘ ุซูŽูˆูŽุงุจูŽ ุงู„ุตูŽู‘ุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฎูŽู…ู’ุณูŽุฉู ุฃูŽู†ู’ูˆูŽุงุนู : ูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุนูŽุดู’ุฑูŽุฉู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุตูŽุญููŠู’ุญู ุงู„ู’ุฌูุณู’ู…ู ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุชูุณู’ุนููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู…ูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุจู’ุชูŽู„ูŽู‰ ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุชูุณู’ุนูู…ูุงุฆูŽุฉู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐููŠ ู‚ูŽุฑูŽุงุจูŽุฉู ู…ูุญู’ุชูŽุงุฌู ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูู…ูุงุฆูŽุฉู ุฃูŽู„ู’ูู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุจูŽูˆูŽูŠู’ู†ู ุŒ ูˆูŽูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒ ุจูุชูุณู’ุนูู…ูุงุฆูŽุฉู ุฃูŽู„ู’ูู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽุงู„ูู…ู ุฃูŽูˆู’ ููŽู‚ููŠู’ู‡ู ุงู‡ู€
(ูƒุชุงุจ ุจุบูŠุฉ ุงู„ู…ุณุชุฑุดุฏูŠู†)

“Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori:

  1. Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
  2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
  3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.
  4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
  5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiinโ€ฆ

@Habib Ali Zainal Abidin.

Cintailah Anak Yatim

Hadis Tentang Mencintai Anak Yatimย –ย Ditinjau dari istilah Yatim Piatu adalah seorang yang di hidupnya sudah tidak memiliki orang tua, baik ayah atau ibu. Menurut bahasa kata yatim memiliki arti seorang anak yang tidak punya ayah, sedangkan piatu memiliki arti seorang anak yang tidak memiliki ibu.

 

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ุฃูŽู†ูŽุง ูˆูŽย ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ

(ูƒูŽุงููู„ู ุงู„ู’ูŠูŽุชููŠู…ู ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ู‡ูŽูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽุฃูŽุดูŽุงุฑูŽ ุจูุงู„ุณู‘ูŽุจู‘ูŽุงุจูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ูˆูุณู’ุทูŽู‰ ูˆูŽุฃูŽุดูŽุงุฑูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ูŽุงย (ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…

Artinya: โ€Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanyaโ€. (H.R. Muslim)

  • Hadits Kedua

 

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุจูŽูŠู’ุชู ููู‰ ุงู’ู„ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู’ู†ูŽย ย ุจูŽูŠู’ุชูŒ ูููŠู’ู‡ู ูŠูŽุชููŠู’ู…ูŒ ูŠูุญู’ุณูŽู†ู ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุดูŽุฑู‘ู ุจูŽูŠู’ุชู ููู‰ ุงู’ู„ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู’ู†ูŽ ุจูŽูŠู’ุชูŒ ูููŠู’ู‡ู

ย ูŠูŽุชููŠู’ู…ูŒ ูŠูุณูŽุงุกู ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู . ุฑูŽูˆูŽุงู‡ู ุงุจู’ู†ู ู…ูŽุงุฌูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ ุงูŽุจูู‰ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ.

Artinya:ย “Sebaik-baik rumah orang islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim dan diasuh dengan baik. Seburuk-buruk rumah orang islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan jahat.”ย ย (H.R. Ibnu Majjah dari Abu Hurairah).

Penjelasan Hadis

Hadis di atas ย memberikan motivasi kepada kita untuk memberi perhatian terhadap anak yatim. Orang yang memberi perhatian terhadap anak yatim dengan cara memeliharanya, akan memperolehi kedudukan yang tinggi iaitu berada di syurga bersama Nabi Muhammad SAW. Layaknya seperti jariย  telunjuk dan jari tengah.

Anak yatim ialah anak-anak yang belum baligh yang kematian kedua orang tuanya atau salah satunya.

Orang yang pertama yang bertanggung jawab adalah ahli warisnya untuk memelihara, mendidik, dan membesarkannya sehingga ia dapat ย menjalani hidup berdikari. Yatim piatu yang diertikan sebagai anak yang kematian ayah dan ibunya.

Anak-anak yatim memerlukankan bimbingan dan kasih sayang orang tua untuk perkembangan dirinya. Namun, mereka tidak mendapatkan hal tersebut, kerana ayah atau ibunya sudah meninggal. Maka, diperlukan orang lain yang dapat menggantikan peranan orang tua untuk membawa mereka ke jalan yang benar.

Tanpa perhatian dan kasih sayang, anak-anak yang kehilangan orang tua itu, tidak dapat tumbuh secara seimbang dari segi lahir dan rohnya, . Oleh karena itu, Rasulullah menganjurkan umat Islam agar menggantikan peranan ayah dan ibunya dengan jaminan syurga yang berdekatan dengan syurga Nabi.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis tersebut bahwa orang yang menyantuni anak yatim dengan baik maka ia akanย masuk syurga bersama Rasulullah SAW. .

Hadis kedua menjelaskan rumah yang paling mulia dalam pandangan Nabi Muhammad SAW adalah rumah yang ada anak yatim dan diasuh dengan baik. Sebaliknya sehina-hina rumah adalah apabila di dalamnya ada anak yatim dan disia-siakan, jika demikian maka aura keberkatan hidup tidak akan pernah terpancar di rumah tersebut beserta penghuninya.

Cintailah Anak Yatim

Call Now
Directions