TERIMA KE BAJU TERPAKAI?

Nak bagi baju terpkai aje,tak ada apa nak bagi,terima ke?”

“Maaflah ini je yang saya boleh bagi.Sumbangan duit,gaji akak tak masuk lagi”

“Tak banyak maaflah,ada yang cantik-cantik tu nanti pilihlah”

Kata-kata  yang sering kami terima jika ada yang hendak menghantar pakaian terpakai.Jangan risau RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH sangat mengalu-alukan apa jua pakaian atau barangan terpakai.Ini adalah salah satu usaha dana pencaraian kami untuk perbelanjaan harian yang sangat tinggi.Memandangkan ekonomi sekarang sangat tinggi ditambah dengan pelbagai jenis cukai dan kos sara hidup sehingga ada kategori miskin bandar.

kos perbelanjaan bulanan

RALK tidak hanya mengharap bantuan kewangan,kami berdikari disamping melatih anak-anak dalam pelbagai bidang kemahiran.Salah satu aktiviti mereka akan bersama-sama berlatih menjadi peniaga dan belajar untuk melayan pelanggan dengan kata-kata yang menarik hati.Ragam pelanggan yang perlu dihadapi itu semua untuk melatih mereka menghadapi ragam manusia apabila mereka tamat belajar di sini kelak.Hati juga turut dilatih supaya pandai berhubung dengan Allah.Merintih agar didatangkan pelanggan yang sudi membeli untuk sama-sama membantu RALK.

 

 

sumbangan baju terpakai

Kami juga boleh datang ke rumah untuk mengambil pakaian terpakai tanpa sebarang caj untuk sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.Dikernakan harga minyak petrol yang tidak tetap turun naik setiap bagi kuantiti baju di bawah tiga plastik kecil atau untuk tidak berapa banyak,kami harap Tuan/Puan boleh kumpulkan dahulu,atau gabung 2,3 org dri kawan-kawan atau saudara-mara Tuan/Puan kami akan datang ambil.Moga amal jariah ini boleh diperpanjangkan menjadi saham akhirat.

 

 

 

Alhamdulillah pelanggan kami juga terdiri dari kalangan mereka yang mahu untuk turut membantu anak-anak di sini.Seminggu lima kali kami berniaga di :

  • SELASA:PASAR MALAM PUTRA PERDANA
  • RABU:PASAR MALAM TAMAN MAS,PUCHONG
  • JUMAAT:MASJID AS-SALAM
  • SABTU:PASAR PAGI PERUMAHAN FLAT PUCHONG PERMAI
  • AHAD:PASAR TANI FAMA,BATU 13 PUCHONG

pasar tani

jualan pakaian terpakai

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions