Daily Archives: February 12, 2022

“WAQAF IKHLAS KERANA ALLAH SWT”

WAQAF IKHLAS KERANA ALLAH SWT🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Kepada Yang Dihormati,
Pengarah Urusan Syarikat.
Dato’/Datin/Tuan/Puan

MEMOHON TAJAAN/WAQAF VAN KERANA ALLAH SWT

Dengan ini di maklumkan bahawa ” PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PPJLK)” mula beroperasi pada tahun 2007 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di PPJLK sekarang ialah seramai 120 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di PPJLK.

2. Untuk pengetahuan Tuan/Puan buat masa ini, pihak kami memerlukan sumbangan sebuah van untuk kegunaan anak-anak di sini. Antara keperluanya seperti :-
· Rawatan ke Hospital / Klinik.
· Kelas tuisyen.
· Memenuhi jemputan program penyumbang.
· Program di masjid / solat jumaat / tahlil dan lain-lain.

3. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi pejabat PPJLK seperti yang tertera di bawah ini :-
📲 Pejabat (call & WhatsApp) : 03-80523814 / 011-69889829
📲 018-310 3127 (Puan Siti Hajar)
💳 Cek atas nama (MBB) : Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
💳 (Maybank) : 5627 7720 0627

4. Pihak PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH sangat-sangat mengalukan sebarang sumbangan dari pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan. Pihak kami mengucapkan Jutaan Terima Kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan. Semoga segala usaha yang baik dari Dato’/Datin/Tuan/Puan diberkati Allah.
Sekian, Terima Kasih.

Call Now
Directions