MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN DAPUR BASAH/KERING UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN….

Yang Dikasihi Tuan/Puan,

MEMOHON BANTUAN  KEPERLUAN DAPUR BASAH/KERING UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN

Dengan ini dimaklumkan bahawa ” RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH  (RALK)” mula beroperasi pada Januari 2006 yang berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal. Bilangan penghuni yang menetap di RALK sekarangialah seramai 140 orang pelajar dan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru dan pembantu-pembantu dalam pengurusan dan pentadbiran di RALK.

3.         Justeru itu, bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba-NYA yang soleh. RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.

4.         Berikut disenaraikan keperluan dapur basah/kering penghuni RALK untuk tuan/puan menyumbang dengan seikhlas hati.

  • SAYUR-SAYURAN
  • IKAN,UDANG.SOTONG,KETAM DLL
  • BUAH-BUAHAN
  • (Juga sayur-sayuran,buah-buahan,ikan dan sebagainya yang sudah tidak boleh dijual lagi)

4. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi pejabat RALK seperti yang tertera di bawah ini.

Pejabat                                :               03-8061 8050/ 03-80523814

                                                              011-37037672 Puan Aiman / 019-4537853 Puan Fatimah

5. Rumah Amal Limpahan Kasih mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Semoga segala usaha yang baik dan murni  dari tuan/puan diberkati Tuhan.

Sekian, terima kasih.

………………………………

Rashidah Binti Abdullah

(Pengurus RALK)                                                                                          

One Response to MEMOHON BANTUAN KEPERLUAN DAPUR BASAH/KERING UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN….

  1. Mohan Kumar Meigavaranam(oku) says:

    Saya seorang oku,dan Miskin tiada kerja tetap.ada 2 orang anak berumur 1 Dan 3 tahun.saya bertiggal perumahan ppr Taman intan baiduri. saya berharap tuan/puan bertolong barang rumah.h/p 0122191428.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions