Category Archives: Berita

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI PPJLK

PERARAKAN KEMERDEKAAN

AKTIVITI KEMERDEKAAN

SAHAM PEMBAYARAN BIL TNB

💝Assalamualaikum wbt.
☘️Selamat sejahtera kepada dato’/datin/tuan/puan/encik/cik yang dikasihi.
🌺Semoga sentiasa berada dalam kasih sayang dan keredhoan Allah.
☘️Kami dari Rumah Amal Limpahan Kasih ingin kongsikan
keperluan penghuni di sini untuk pembayaran Bil TNB.

📍1.Kawasan :- Asrama & Bilik Sakit
No Akaun :- 220099317807
📍2.Kawasan :- Dapur & Dewan makan
No Akaun :- 220261541606
📍3.Kawasan :- Surau
No Akaun :- 220261545006

📝Pembayaran boleh di buat Secara Online (BILLER CODE :- 5454) atau tranfers ke akaun Limpahan Kasih.

☘️Segala kebaikan dan perhatian yang diberikan oleh dato’/datin/tuan/puan/encik/cik, kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan.

📌Hubungi :- 01169889829 (Pejabat Limpahan Kasih)

📌Alamat :- Lot 115A, lorong bistari 3, Kg Sri Aman, Bt 13 Puchong Selangor..

📌Maybank :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
562777200627

AKTIVITI ANAK-ANAK LIMPAHAN KASIH (AIDILADHA 1444/2023)

MELAPAH KULIT LEMBU DAN KAMBING :- RAYA KE 1

PRAKTIKAL HAJI 1444/2023 :- RAYA KE 2


QURBAN AMAL BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF (1444H)

Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati, 
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas kami menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1444H bersamaan / 29hb Jun 2023 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.

2. Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut : 

1.Harga satu bahagian daripada seekor lembuRM 860.00
2.Harga untuk seekor lembuRM 6,020.00
3.Harga untuk seekor kambing RM 1,200.00

3. Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Rumah Limpahan Kasih (RLK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan silalah hubungi di talian berikut

  • Whatsapp RLK : 011-69889829
  • En Zahid : 011-28504073
  • Pn Hajar : 018-3103127

4. Akhir kata RLK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.

Sekian, terima kasih.

(Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ianya akan menjadi tunggangan ketika kamu meniti Titian Siratul-Mustaqim di akhirat kelak”).

Yang berusaha, 
(En. Zahid B Azhar)
PENGETUA

Mari sama-sama kita mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata;
“Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)

“Marilah kita membela nasib orang lain mudah-mudahan Allah akan membela nasib kita kelak”

KEPERLUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Kepada,
Yang Berkenaan,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Encik/Puan.

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEPERLUAN BACK TO SCHOOL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PPJLK) adalah sebuah PUSAT PERLINDUNGAN, KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN yang mula beroperasi pada Tahun 2006 dan terletak di Kg. Seri Aman, Bt. 13, Puchong. Pada masa ini, PPJLK menaungi anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf dan OKU seramai 120 orang. Mereka ini terdiri dari anak-anak sekolah menengah, anak nursery dan juga remaja insaf. Sistem pendidikan dan penjagaan anak-anak di sini dijayakan oleh 30 orang petugas secara sukarelawan yang berperanan sebagai guru, penjaga asrama, penjaga anak nursery, pengurusan pentadbiran dan driver kenderaan.

3. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PPJLK sedang mencari dana bagi melengkapkan keperluan ‘Back to School’ anak-anak pada tahun hadapan. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat sama- sama membantu dalam mengusahakan peruntukan tersebut.

4. Jika ada sebarang sumbangan berbentuk kewangan, boleh dibuat atas nama : Cek atas nama (MAYBANK) :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627
Limpahan Kasih Solutions : 5627 7722 0661

Untuk Pertanyaan Lanjut Hubungi :-
WHATSAPP&CALL PEJABAT LK :- 011-69889829
SILA TEKAN LINK DISNI :- WHATSAPP PEJABAT LIMPAHAN KASIH
PN.SITI HAJAR :- 014-7656275
SILA TEKAN LINK DISINI :- WHATSAPP PN SITI HAJAR

5. Di sini, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang sudi sama-sama membahu dan menghulurkan bantuan dalam melengkapkan keperluan anak-anak disini. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari Tuhan dan menjadi amal jariah yang berkekalan serta mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti.

Sekian, terima kasih.

SENARAI KEPERLUAN YANG DI PERLUKAN

BAJU SUKAN (LENGAN PANJANG)
120 SET
SELUAR SUKAN
120 SET
LENCANA SEKOLAH
120 SET
NAME TAG
120 SET
KASUT SEKOLAH HITAM
120 PASANG
MEJA BELAJAR
50 SET (KERUSI &MEJA)
MEJA GURU
7 SET (MEJA & KERUSI)
AIRCOND 2.0HP
7 SET
WHITEBOARD
7 SET
MAGNET WHITE BOARD ERASER
20 SET
BEG GALAS SEKOLAH
120 SET
KERTAS A4 (70GSM & 80GSM)
30 REAM x 3 BOX x 2 BULAN
KOTAK PENSIL
120 SET
FAIL
(MAKLUMAT SEKOLAH & MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR)
120 SET
PEN (BIRU, HITAM & MERAH)
10 DOZEN
PEN MARKER (BIRU, HITAM & MERAH)
10 DOZEN
PEMBALUT BUKU LATIHAN & BUKU TEKS
120 SET
KERTAS LUKISAN
10 DOZEN
STAPLER
10 DOZEN
PUNCHER
5 DOZEN
PENSEL 2B
10 DOZEN
PEMADAM
2 DOZEN
PEMBARIS PANJANG
120 SET
PENGASAH PENSEL (BESAR)
20 SET
GAM STICK
5 DOZEN
GUNTING
5 DOZEN
PENSEL WARNA
120 SET
PENSEL BOX (KAIN)
120 SET
KRAYON
120 SET
BUKU NOTA
120 SET
BUKU GARIS PANJANG
120 SET
KALER AIR
120 SET
BERUS LUKISAN
120 SET
BOTOL AIR
120 SET
FACE MASK (HITAM / PUTIH)
120 SET
FACE MASK EXTENDER 120 SET
HAND SANITIZER 120 SET
Call Now
Directions