Category Archives: Blog

RAMADAN 2024/1445H

๐Ÿ’Assalamualaikum wbt.
๐ŸŒบSemoga berada dalam kasih sayang dan keberkatan para kekasih Allah.
โ˜˜๏ธKami dari Rumah Amal Limpahan Kasih ingin kongsikan
kepeluan anak2 di limpahan kasih. Di bulan ramadan yg penuh Rahmat dn Keberkatan

DERMA KILAT

  1. Kasut Raya
  2. โ Pembayran TNB & SYABAS

โ˜˜๏ธ Sabun basuh baju
โ˜˜๏ธ Shampo
โ˜˜๏ธ Sabun badan
โ˜˜๏ธ Minyak rambut
โ˜˜๏ธ Bedak muka
โ˜˜๏ธTuala wanita
โ˜˜๏ธPampers kanak2 (L&M)
โ˜˜๏ธSabun pinggan
โ˜˜๏ธPencuci lantai

๐ŸŒฟMinyak masak
๐ŸŒฟTepung gandum
๐ŸŒฟTelur ayam
๐ŸŒฟCoco@Vico
๐ŸŒฟSusu pekat
๐ŸŒฟSusu tepung dewasa
๐ŸŒฟSusu tepung kanak2 (1,2&3)
๐ŸŒฟBiskut
๐ŸŒฟBawang putih
๐ŸŒฟBawang merah
๐ŸŒฟIkan bilis
๐ŸŒฟSos cili
๐ŸŒฟSos Tomato
๐ŸŒฟSos tiram
๐ŸŒฟGula pasir
๐ŸŒฟtelur ayam

โ˜˜๏ธKami ucapkan Ribuan Terima kasih kepada semua yang membantu dalam apa jua bentuk sumbangan dan juga doa. ๐Ÿฅฐ๐Ÿค—
Semoga segala kebaikan dan perhatian yang diberikan tuan/puan Diberkati.๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ“ŒHubungi :- 01169889829 (Pejabat Limpahan Kasih)
๐Ÿ“ŒAlamat :- Lot 115A, lorong bistari 3, Kg Sri Aman, Bt 13 Puchong Selangor..
๐Ÿ“ŒMaybank :
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
562777200627

Sekian, Terima Kasih๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿฅฐ

https://linktr.ee/rumahanakyatimasnaf

๐Ÿ’ซSELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1445H/2024M๐Ÿ’ซ

๐ŸŒSAHAM BEKALAN MENUJU AKHIRAT๐ŸŒŽ

โšก๏ธDERMA KILAT PEMBAYARAN TNB & SYABAS RUMAH LIMPAHAN KASIH๐Ÿ’ฆ

๐ŸŒบAssalamualaikum pada semua YDK, Tuan/En/Puan/Cik๐Ÿ’ž๐ŸฅฐSemoga kita Semua dalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt..๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป, pd sesiapa yg berhasrat utk membantu anak2 dan seluruh warga Limpahan Kasih dgn memberi sumbgn Dana, boleh disalurkan atas acc .: -๐Ÿ“Œ[MYBANK]
(PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH) :- 562777200627

No Akaun TNB (JomPay : Online BILLER CODE :- 5454)

  1. 220099317807 (Asrama 1)
  2. โ 220261541606 (Asrama 2)
  3. โ 220261531610 (Surau)

No Akaun SYABAS (JomPay : Online BILLER CODE :- 4200)

  1. 0497721000 (Asrama 1)
  2. โ 9723870000 (Asrama 2)
  3. โ 4706740000 (Asrama 3)

๐ŸŒนKami ucapkan Ribuan Terima kasih kepada semua yang membantu dalam apa jua bentuk sumbangan dan juga doa..Semoga Allah membalasinya dgn balasan yg lebih baik lagi didunia juga di akhirat kelak nnti.. aamiin ya Allah.๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

https://linktr.ee/rumahanakyatimasnaf

Ibadah Puasa dan Anugerah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุตูŽุงู„ูุญู ุงู„ุฒู‘ูŽูŠู‘ูŽุงุชู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุณูŽู…ูุนูŽ ุฃูŽุจูŽุง ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูŠูŽู‚ููˆู„ูุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ูƒูู„ู‘ู ุนูŽู…ูŽู„ู ุงุจู’ู†ู ุขุฏูŽู…ูŽ ู„ูŽู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ููŠ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุฃูŽุฌู’ุฒููŠ ุจูู‡ู ูˆูŽุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุตูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ููŽู„ูŽุง ูŠูŽุฑู’ููุซู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุณู’ุฎูŽุจู’ ููŽุฅูู†ู’ ุณูŽุงุจู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุฃูŽูˆู’ ู‚ูŽุงุชูŽู„ูŽู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู’ ุฅูู†ู‘ููŠ ุงู…ู’ุฑูุคูŒ ุตูŽุงุฆูู…ูŒ ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู†ูŽูู’ุณู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจููŠูŽุฏูู‡ู ู„ูŽุฎูู„ููˆูู ููŽู…ู ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุฃูŽุทู’ูŠูŽุจู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุฑููŠุญู ุงู„ู’ู…ูุณู’ูƒู ูˆูŽู„ูู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ููŽุฑู’ุญูŽุชูŽุงู†ู ูŠูŽูู’ุฑูŽุญูู‡ูู…ูŽุง ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽูู’ุทูŽุฑูŽ ููŽุฑูุญูŽ ุจูููุทู’ุฑูู‡ู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู‚ููŠูŽ ุฑูŽุจู‘ูŽู‡ู ููŽุฑูุญูŽ ุจูุตูŽูˆู’ู…ูู‡ู

Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Allah ‘azza wajalla telah berfirman; ‘Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa.’ Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya.” (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan yang kotor, lucah dan buruk serta hina, sama ada yang diucapkan, ditulis serta ditularkan.

4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a.  Gembira ketika berbuka puasa
b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.
 
Bangunkan Jiwa Taqwa. Semoga  Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah bagi mengapai Taqwa. Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi. Andaikan  Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

12hb Mac 2024
01hb Ramadan 1445H

REZEKIKAN KAMI YA ALLAH

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup.
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau.
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya.
Selagi engkau hidup, di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan.
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat.
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan.
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar.
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa.
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun.
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan.
Di waktu engkau hendak berhibur, diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata.
Di waktu engkau keletihan, Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan.
Selepas tidur, badan engkau segar dan bertenaga semula.
Tapi setelah engkau dapat tenaga, engkau membuat dosa dan noda.
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan.
Begitulah sepanjang hidup harian engkau.
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau.
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya.
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir, satu masa nanti engkau akan menemui-Nya.
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk.
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau?

Call Now
Directions