Tag Archives: asnaf yang berakhlak

MUTIARA HATI🌹

MUTIARA HATI🌹

Satu Kisah Dizaman RSAW

MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA SATU KISAH MENGENAI ‘ZAKAT’ DI ZAMAN RASULULLAH SAW. BISMILLAH…..

Suatu ketika Rasulullah SAW telah mengutuskan Saidina Umar untuk mengumpulkan zakat harta dari orang-orang kaya. Rasulullah bersabda kepada Saidina Umar “Pergilah kamu,untuk mengumpulkan zakat harta“

Maka pergilah Saidina Umar dengan membawa satu amanah daripada Rasulullah SAW. Sampai disatu tempat beliau pun berteriak denagn suara yang lantang seraya berkata”Bayarlah zakat harta kalian! ia tidak akan digunakan sewenang-wenangnya, Zakat itu hanya diberi kepada anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf zakat dan orang-orang yang memerlukan sahaja…”.Saidina Umar pergi dari satu pintu ke satu pintu rumah yang lain sambil mengucapkan kata-kata yang sama.

Maka dengan seruannya itu berdatanganlah orang ramai kepadanya.Maka salah seorang diantar mereka berkata”Siapakah yang telah mengutuskan engkau wahai Umar?”,lantas Saidina Umar menjawab”Yang telah mengutuskan aku ialah Rasulullah SAW…”.Dengan mendengar sahaja jawapan itu Saidina Umar itu orang ramai serta-merta membayar kewajipan zakat itu.Begitulah power keajaiban dan keberkatan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW yang dapat menakluk setiap hati-hati manusia

“Alhamdulillah, for always giving me what I needed instead of I wanted “ 🤗

Setelah Saidina Umar mengumpulkan zakat harta dari setiap kaum muslimin, sampailah Saidina Umar kepada tiga orang sahabat yang menolak untuk membayar zakat harta mereka.Mereka itu ialah Saidina Abbas, Saidina Khalid Alwalid dan Ibnu Jamil.

Orang yang pertama Saidina Umar datang ialah Saidina Abbas dengan berkata”Tunaikanlah zakatmu wahai Abbas!”,Saidina Abbas pun bertanya “Siapakah yang mengutuskanmu wahai Umar?”, “RAsulullah SAW..” jawab Saidina Umar, kemudian Saidina Abbas pun berkata “Aku tidak akan membayarnya”.

Lalu Saidina Umar pergi kepada Saidina Khalid Alwalid dengan menyeru “Tunaikanlah zakat!”.Saidina Khalid berkata”Saipakah yang mengutuskanmu?”,Saidina Umar menjawab denagn tenang “Rasulullahlah yang mengutuskanku…”,tetapi jawapannya tetap sama dengan Saidina Abbas tadi, begitu jugalah dengan Ibnu Jamil.

Maka Saidina Umar pun pergi mengadap Rasulullah SAW dengan membawa zakat harta yang telah dikumpulkan.Beliau menyatakan kepada Rasulullah SAW semua kaum muslimin telah membayar zakat harta kecuali tiga orang sahabat.Rasulullah SAW bertanya “Siapakah mereka wahai umar?, Saidina umar menjawab 
“Mereka itu ialah Saidina Abbas, Saidina Khalid Alwalid dan Ibnu Jamil”.

Dengan itu Rasulullah SAW pun menjawab ” Wahai Umar tidakkah engkau tahu Abbas adalah pakcikku?Akulah yang akan membayar zakatnya selama dua tahun, sebab aku telah meminjam wang zakatnya selama dua tahun”,kemudian Rasulullah SAW pun menyambung lagi”Adapun Khalid, kalian telah berlaku zalim terhadapnya.Dia telah mewakafkan seluruh pembekalan dan perlengkapan miliknya di jalan Allah, semuanya telah tergadai di jalan Allah.Apakah didalam harta wakaf terdapat kewajipan membayar zakat?,jika Khalid hendak pergi berperang, dia akan memanggil 100 orang pasukan berkuda dan akan memberi setiap daripada mereka satu pedang, satu tombak dan seekor kuda, semua itu akan dijadikan wakaf untuk Allah, oleh kerana itulah anak-anaknya tidak dapat mewarisi apa-apa daripadanya, wahai Umar kamu lihatlah nanti saat kematiannya Khalid tidak akan meninggalkan apa-apa kecuali baju yang sedang dipakainya itu….”begitulah hati seorang pemimpin sentiasa memikirkan perasaan umatnya.

Call Now
Directions