Tag Archives: ISTIMEWA ANAK YATIM

🤲🏻😇KEPERLUAN BULANAN(OGOS)🤲🏻

KEPERLUAN PENGHUNI RUMAH LIMPAHAN KASIH

  1. Almari baju (IKEA)
  2. Blander heavy duty
  3. Rak kasut bertutup
  4. Bakul baju
  5. Troli Baju
  6. Bedak muka
  7. Sikat
  8. Minyak rambut
  9. Sikat kutu
  10. Ubat kutu
  11. Ubat gigi
  12. Shampoo
  13. Sabun badan
  14. Sabun basuh baju
  15. Pencuci lantai
  16. Clorox
  17. Pewangi baju
  18. Ubat nyamuk (ridset)
  19. Ubat lipas (ridset)
  20. Berus gigi
  21. Pampers (L&M)
  22. Bawang merah
  23. Bawang putih
  24. Minyak
  25. Beras
  26. Bihun Bundle
  27. Ikan bilis
  28. Sardin adabi@pertima
  29. Santan Kotak
  30. Tepung Gandum
  31. Tepung Beras
  32. Tepung Jagung
  33. Tepung Ubi
  34. Asam keping
  35. Asam Jawa
  36. Kicap lemak manis
  37. Kordial Air
  38. Sos tiram
  39. Sos balckpaper
  40. Sos cili
  41. Sos tomato
  42. Gula merah
  43. Gula pasir
  44. Susu tepung dewasa
  45. Susu tepung (1,2,&3 tahun)
  46. Perisa coklat
  47. Susu pekat
  48. Susu cair
  49. Biskut
  50. Serbuk kopi
  51. Suun
  52. Fucuk

Alamat Dan Lokasi (MAPS)

Lot 115A, Lorong Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg. Seri Aman, Bt13, 47100 Puchong, Selangor.
Maps :- Rumah Limpahan Kasih

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan secara online, boleh di salurkan ke akaun :- 
Maybank ⇉ PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH – 5627 7720 0627

Sebarang pertanyaan, sila hubugi. (Tekan Link yang diberikan).
Pejabat Limpahan Kasih (01169889829) / Puan Hajar : 014-7656275

Terima Kasih Kepada Yang Membantu, Insyaallah Akan Dibantu Oleh Allah Swt. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Kerja-Kerja Seharian Kita, Diberi Kesihatan Yang Baik, Dimurahkan Rezeki Dan Dalam Rahmat Allah Sentiasa

BERKAITAN RUMAH LIMPAHAN KASIH (Tekan Link yang di sediakan)

MAKLUMAT RUMAH LIMPAHAN KASIH

Aktiviti anak2 ralk bersama masyarakat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

PUASA ASYURA

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan daripada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu (Imam Nawawi kata diampunkan segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura. Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang memiliki jati diri yang kukuh, bersih dari dosa dan maksiat. Kita perlu melahirkan warganegara yang merdeka daripada dosa, dan dalam masa yang sama memiliki peribadi yang utuh untuk membangunkan Negara Malaysia yang Sejahtera.

KISAH TELADAN DARI AMALAN SEDEKAH

1) Tukang Batu dan Doa Seorang Abid

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s pernah berjalan di sebuah desa. Di desa itu hidup seorang tukang batu. Berkatalah penghuni desa itu kepada Nabi Isa a.s: “Tukang batu itu selalu menahan air,
meludahinya dan mengotorinya. Maka berdoalah kepada Allah agar dia tidak membuatnya dapat pulang dari tempat mana saja dia berada.” Lalu Nabi Isa a.s berdoa: “Ya Allah, kirimkan seekor ular kepadanya
dan janganlah engkau kembalikan dia.”

Tukang batu pergi untuk mengambil batu-batu dekat sumber mata air dan dia membawa tiga potong roti. Setelah dia berada di mata air itu, ada seorang ahli ibadah (abid) datang menghampirinya. Abid
itu selalu beribadah di atas gunung di dekat mata air. Abid itu mengucapkan salam seraya berkata: “Apakah ada sedikit makanan yang dapat engkau berikan padaku atau engkau memperlihatkan kepadaku
sehingga aku dapat melihatnya atau mencium baunya. Kerana aku sudah tidak makan apapun sejak sekian hari.”

Diberikannya sepotong roti, maka berkatalah Abid itu: “Hai tukang batu, mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu.”

Maka diberikannya roti yang kedua dan berkatalah Abid: “Hai tukang batu, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu atau yang datang kemudian.”

Diberikannya lagi roti yang ketiga kalinya dan berkatalah Abid: “Hai tukang batu, semoga Allah membangun sebuah rumah untukmu di syurga.”

Tukang batu itu pulang ke desanya, dan para penghuni desa itu berkata kepada Nabi Isa a.s: “Tukang batu itu ternyata kembali lagi.”

Berkatalah Nabi Isa a.s: “Panggillah dia ke sini.”

Mereka memanggil tukang batu itu dan membawanya ke hadapan Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s berkata: “Hai tukang batu, ceritakanlah padaku apa yang engkau kerjakan hari ini dari amal-amal kebaikan.”

Maka tukang batu itu menceritakan tentang air, roti yang diberikannya dan doa-doa Abid untuk dirinya. Nabi Isa a.s berkata: “Bawa kemari begmu itu.” Diberikannya beg itu kepada Nabi Isa dan Nabi
Isa pun membukanya. Tiba-tiba dalam beg itu terdapat seekor ular hitam yang dibelenggu dengan rantai besi. Berkatalah Nabi Isa a.s: “Hai ular hitam.”

Tiba-tiba ular itu menjawab: “Ya, wahai Nabi Allah.”

Nabi Isa a.s berkata lagi: “Bukankah engkau telah dikirim kepada orang ini?”

Ular itu berkata: “Benar, tetapi datang seorang ahli ibadah dari gunung itu, dia minta makan dan orang ini memberinya makan. Maka didoakanlah orang ini hingga tiga kali dan di sampingnya berdiri
malaikat yang mengaminkan doa itu. Maka Allah mengutus malaikat dan membelengguku dengan rantai dari besi.”

Berkatalah Nabi Isa a.s pada: “Hai tukang batu, mulalah beramal kerana Allah telah mengampunimu dan menunjuki jalan kebaikan kepadamu.”

2) Sepotong Roti, Pengemis dan Serigala

Diriwayatkan bahawa pernah suatu musim kemarau menimpa Bani Israil dalam beberapa tahun yang berterusan. Ada seorang perempuan memiliki sepotong roti. Diletakkannya roti itu pada mulutnya untuk
dimakannya. Tiba-tiba datang seorang pengemis di depan pintu dan berkata, “Berilah aku kerana Allah, sepotong roti sahaja.”
Perempuan itu mengeluarkan roti itu dari mulutnya dan diserahkannya kepada pengemis itu.

Kemudian ia keluar ke padang belantara untuk mencari kayu.
Dia mempunyai seorang anak kecil yang turut dibawanya bersama. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menangkap anak kecil itu serta membawanya lari. Terdengar suara jeritan. Bersegeralah perempuan
itu mencari jejak serigala. Lalu Allah SWT mengutus Malaikat Jibril a.s dan mengeluarkan anak itu dari mulut serigala.

Diserahkannya anak itu pada ibunya seraya berkata padanya, “Hai perempuan hamba
Allah, puaskah engkau sesuap roti diganti dengan keselamatan anak?”
Perempuan itu menjawab, “Ya.”
Terdengar suara mengatakan, “Demikianlah balasan kepada orang-orang yang mengasihani orang-orang miskin dan kelaparan. Kami selamatkan dan kami pelihara sebagai balasan bagi orang yang berbuat baik.”

3) Seekor Helang, Nabi Sulaiman dan Pemilik Pohon

Ada seekor helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s bin Dawud a.s. Berkatalah helang itu, “Wahai Nabi Allah, ada seorang lelaki yang memiliki sebatang pohon dan aku mengerami telurku di
atas pohon itu. Tetapi dia mengangkat anak-anakku, lalu dibawanya pulang.”

Nabi Sulaiman a.s memanggil lelaki pemilik pohon dan melarang perbuatan itu. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s kepada dua syaitan: “Aku memerintahkan engkau berdua, jika datang tahun depan dan lelaki
itu mengambil anak dari burung ini, maka tangkaplah dia dan belahlah dia menjadi dua bahagian. Lalu lemparkan sebahagian di dunia timur dan sebahagian lagi di sebelah barat.”

Ketika datang tahun itu, pemilik pohon lupa pesan Nabi Sulaiman a.s dan dia hendak memanjat pohon.

Tetapi sebelum memanjat, dia sempat bersedekah dengan sesuap makanan. Lalu diangkatnya anak
burung itu dan di bawanya pulang.

Burung helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s dan melaporkan perbuatan pemilik pohon. Nabi Sulaiman a.s memanggil dua syaitan dan bermaksud menghukum
kedua-duanya. Nabi Sulaiman a.s berkata: “Mengapa kamu berdua tidak melaksanakan tugas yang aku perintahkan?”
Mereka menjawab: “Wahai Khalifah Allah, sesungguhnya pemilik pohon ketika hendak memanjat pohon itu kami bermaksud menangkapnya. Tetapi kerana dia telah bersedekah kepada seorang lelaki muslim
dengan sepotong roti, maka Allah mengutus dua malaikat dari langit, sehingga mereka menangkap kami berdua dan melemparkan kami. Seorang dari kami dilemparkan ke dunia timur dan yang lain dilempar ke
dunia barat dan dihalangilah usaha kami untuk mencelakakannya disebabkan sedekahnya.”

Mudah-mudahan kisah ini memberi iktibar buat kita semua .
InsyaAllah…

MEMBURU SAHAM AKHIRAT

💝Assalamualaikum wbt.
☘️Selamat sejahtera kepada tuan/puan yang dikasihi.
🌺Semoga sentiasa berada dalam kasih sayang dan keredhoan Allah juga para kekasihNya.
☘️Kami dari Pusat Jagaan Limpahan Kasih ingin kongsikan keperluan anak- anak untuk bulan ini.
🌺Pihak kami sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat sama-sama membantu anak-anak di sini di samping menjadi amal jariah tuan/puan di akhirat nanti.
☘️Semoga segala bentuk sumbangan dari tuan/puan yang dermawan dapat meringankan beban pengurusan di sini. Juga kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati hendakNya.
🌺 Semoga anak-anak PPJLK menjadi generasi yang bertaqwa dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara di masa depan.
Aamiiin ya rabbal ‘alamiin..🤲🏻🤲🏻

1️⃣ Keperluan dapur seperti :

  • Beras
  • Bihun
  • Minyak masak
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • Ikan bilis
  • Tepung gandum
  • Biskut / roti
  • Telur
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Kordial air
  • Teh/kopi/vico
  • Santan kotak
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Susu tepung dewasa
  • dll

2️⃣ Keperluan mandian dan cucian seperti :

  • Sabun mandi
  • Sabun basuh baju
  • Ubat gigi
  • Pewangi pakaian
  • Pencuci lantai
  • Clorox

3️⃣ Bayaran bil TNB : (BILLER CODE – 5454)

📍1.Kawasan :- Asrama, Surau & Bilik Sakit
No Akaun :- 220099317807
Caj Semasa :- RM 2,222.55
Tertunggak :- RM 2,067.55
📍2.Kawasan :- Dapur & dewan makan
No Akaun :- 220111892801
Caj Semasa :- RM 1,048.99
Tertunggak :- RM 1,145.90

📌Maybank
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih
562777200627

📌Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
011-6988 9829 (Pejabat) 014-765 6275 (Puan Hajar)

SAHAM AKHIRAT DI BULAN ZULHIJJAH

💫SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1445H / 2024M 💫

🌹BERBAKI LAGI 4 HARI🌹

💝Assalamualaikum Dato’/Datin/Tuan/Puan YDK.. apa khabar semua .. 🤗🤗Semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat dan dipermudahkan segala urusan Dato’/Datin/Tuan/Puan oleh Allah swt.🤲🏻🤲🏻

😇Maaf Dato’/Datin/Tuan/Puan, bersempena dgn raya Aidiladha yg bakal menjelang, kmi anak2 rumah limpahan kasih sedang mencari freezer 2 pintu utk mengisi daging2 korban yg akan disembelih dan diterima nnti..
Freezer yg ada skrg risau tak mampu nak menampung penyimpanan daging2 korban ini.
Berharap kepada dato’/datin/tuan/puan yang ingin bersama mengambil saham akhirat utk memberi sedikit sumbangan bagi keperluan tersebut..☺️☺️
Semoga segala kebaikan dan perhatian yang diberikan Dato’/Datin/Tuan/Puan diberkati dan dirahmati Allah selalu… Amiin ya rabbel ‘alamiin🤲🏻🤲🏻🤲🏻

MBB
5627 7720 0627
PUSAT PENDIDIKAN LIMPAHAN KASIH

📌Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
01169889829 – pejabat

📌 Maklumat PPJLK :

https://www.tiktok.com/@limpahankasih?_t=8n1dMyDm5HF&_r=1

https://linktr.ee/rumahanakyatimasnaf

📌 Contoh keperluan freezer : https://shopee.com.my/-FREE-SHIPPING-Haier-Chest-Freezer-(750L)-BD-788HP-i.154039251.2493688613?xptdk=b7fc3d94-af40-4fb3-9b60-819c8641b38c

Call Now
Directions