Tag Archives: perlukan bantuan

AMAL KEBAJIKAN

IBADAH QURBAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF. 2022/1443H.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas kami menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1443H bersamaan / 10hb Julai 2022 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut :

1.Harga satu bahagian daripada seekor lembu :- RM 800.00
2.Harga untuk seekor lembu :- RM 5,600.00
3.Harga untuk seekor kambing :- RM 1,200.00

  • Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung PUSAT JAGAAN LIMPAHAN KASIH (PJLK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian berikut :-

• Whatsapp PJLK : 011-69889829
• En Zahid : 011-28504073
• Pn Hajar : 018-3103127

  • Akhir kata PJLK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.

Sekian, terima kasih.😇

Call Now
Directions