Tag Archives: RALK

BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN

ralk3

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
(PUSAT KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN UNTUK : ANAK YATIM, ANAK FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL & GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT) ,
Lot: 115A, Lorong Bistari 3, Kg. Sri Aman, Jln. Jurutera, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03 80618050, 03 80523814
Fax : 03 80607514 Email : limpahankasih2@gmail.com.my
Website: www.rumahamallimpahankasih.org
Ruj Kami : 07/RALK/bil.11/2015
Ruj Tuan :

Ybhg Tuan/Puan,

BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah pusat kebajikan yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat. Anak-anak seramai 100 orang yang menjadi penghuni di asrama RALK bersekolah di Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 3 yang terletak di bahagian atas kompleks asrama RALK. Selain mereka, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan dengan mendaftarkan mereka di bawah Kelab Anak Yatim Se-Malaysia kelolaan RALK yang mana mereka sering di bawa menyertai aktiviti RALK.

3. Bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela mereka.

4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat yang abadi.

• TAJAAN BERBUKA DAN TAJAAN SAHUR
• JEMPUTAN BERBUKA PUASA
• TAJAAN PAKAIAN,KASUT,TUDUNG,SONGKOK
• SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAKah
• SUMBANGAN BISKUT RAYA DAN JAMUAN RAYA

5. Untuk sebarang pertanyaan,boleh hubungi pejabat pentadbiran di talian 03-80523814/
03-80618050 (Pn Yani/Pn Aiman) atau di talian 0193838015 (Pn Sumaiyah).
Sumbangan juga boleh dibuat atas nama akaun:

• Maybank Limpahan Kasih Solutions : 562777220661
• Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 562777200627
• Public Islamic Bank : Limpahan Kasih Solutions : 3-81236671-7

Sekian, terima kasih.

Yang Memegang Amanah

Sumayyah Mohd Jawas

“Gembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kita”
——————————————————————————————————-

BORANG SUMBANGAN/ZAKAT
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa:
Saya/ Syarikat : ……………………………………………………………………………………………………………………………………
Alamat ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
No Faks :……………………………………………………………………………………………………………………………………….
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
1. Wang Tunai / Cek :
Maybank 562777220661 (Limpahan Kasih Solutions)
Maybank 562777200627 (Pusat Pendidikan Limpahan Kasih)
Public Islamic Bank 3-81236671-7 (Limpahan Kasih Solutions)

2. Zakat : Zakat Simpanan/ Zakat Harta/ Zakat Perniagaan :………………………………………………………..

Sumbangan berikut adalah diniatkan untuk :
• Tajaan berbuka puasa bagi (nyatakan hari dan hari ke …………………….Ramadhan)
• Tajaan jemputan berbuka puasa dan sahur (nyatakan hari dan hari ke…………………..Ramadhan)
• Tajaan pakaian, kasut,tudung, songkok raya untuk :………………….orang : RM……………….
• Tajaan duit raya :RM………………………( wang tunai/cek ) Untuk …………………….orang.
• Sumbangan kuih raya dan jamuan raya : RM………………………………..

*Kami juga menjual pelbagai jenis biskut raya untuk jualan amal RALK. Sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk sendiri atau disumbangkan kepada anak-anak yatim dan miskin, boleh hubungi kami di talian 03-80523814/03-80618050 ( Pn Yani/ Pn Aiman) atau 0193838015(Pn Sumaiyah)

Niat Hadiah Pahala :
“Adalah saya dengan ini menghadiahkan pahala sumbangan yang saya lakukan ini, sekiranya ada nilai disisi Allah,untuk arwah :
a) d)
b) e)
c) f)

“Semoga Allah memberkati segala usaha yang diberikan dengan ganjaran yang baik.”

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH

Sesi Taklimat Khas Untuk Ibubapa
Bagaimana nak tahu anak anda sudah pandai menipu anda? Bagaimana mahu memantau pergerakan dan pergaulan anak remaja anda semasa anda tiada di rumah? Mengapa anak anda tidak mahu berkongsi masalahnya dengan anda? Apa akan berlaku jika rakan atau teman anak anda mula mengajak anak anda keluar tanpa pengetahuan anda?

Kuncinya ialah pada didikan dan tarbiyah untuk anak anda. Bagaimana proses tarbiyah ini boleh dilakukan oleh ibubapa yang sibuk. Bahkan ada ibubapa merasakan diri mereka tidak mampu menjadi pendidik yang baik untuk anak-anak mereka…. Semuanya perlukan jawapan.

Untuk itu anda perlu berusaha hadir mengikuti sesi taklimat khas untuk ibubapa. Semua yang datang menghantar anak mereka bagi mengikuti KEM MOTIVASI ALA MADRASAH di Puchong pada 8 Disember nanti akan berpeluang mendapatkan jawapan serta teknik yang perlu dilakukan. Banyak pendekatan rohaniah dan lahiriah yang hanya akan diketahui daripada tokoh-tokoh yang terbukti telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Mereka akan menceritakan pengalaman mereka.

Inilah yang akan kami kongsikan bersama para ibubapa nanti. Selamat datang ke KEM MOTIVASI ALA MADRASAH..

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan

Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814 / 019-6226183)
Tempat KEM : Sek. Men. Islam Zadut Taqwa (Rumah Amal Limpahan Kasih – RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor

Tarikh : 8 Hingga13 Disember 2014 (Isnin – Sabtu)
Umur Peserta : 10 – 13 tahun / 14 – 16 tahun / 17 tahun dan ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI : Ustaz Mokhtar: 01121949613 /  Ust Haji Johari: 019-6226183 / Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200

Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:
1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
– Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK

2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
– Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk

3. Hafalan Doa dan surah-surah utama dalam Al-Quran
– Kaedah tasmik harian selama 6 hari.

4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai – Tazkirah yang diutamakan; tidak rasmi

5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran – Proses “RECALL” / muhasabah diri

6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
– Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.

7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
– Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.

8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) – Senaman berirama nasyid

9. Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) – Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program

10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
– Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama

11. Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
– Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama

12. Ekspedisi khas dan rehlah dengan bas ke Putrajaya dan Lembah Kelang
– Tarbiyah dan berinteraksi secara santai di sepanjang ekspedisi

13. Program Mengasah Minda& Menyuburkan rohaniah:
– Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran
membina kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.

14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
– Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.

15. Program taklimat khas untuk ibubapa
– Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH dan apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.

________________________________________________________________________________
SUMBANGAN (6HARI 5 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang hanya RM500)
AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: 562777220661

FORUM PERDANA PUTRAJAYA

Baru-baru ini anak-anak remaja SMIGI Puchong / Rumah Amal Limpahan Kasih  dijemput hadir ke majlis Forum Perdana di Putrajaya. Mereka di iringi oleh beberapa orang pengajar dan sempat mereka bergambar dengan ahli-ahli Forum  sebagai kenangan.

Forum perdana... (1)

Kenangan bersama ahli forum....(1)

Kenangan bersama ahli forum....

 

BERSAMA MASYARAKAT

Bermasyarakat perlu bekerjasama

Menegakkan kebaikan dan keperluan bersama

Berkorban tenaga, menyumbang harta

Ikhlasnya hati waktu bekerja

Kemungkaran sama-sama membasmi dan mencegahnya

Jangan biarkan ia bertapak di dalam kehidupan

Kerana ia perosak perpaduan

Kena tumpaskan waktu ia bermula

Bertolak ansur di dalam pergaulan

Sabarlah menerima ujian

Lupakanlah kesalahan kawan

Maaf-bermaafan perlu ada

Kesalahan kita jangan dilupakan

Memohon maaf kenalah ada

Sikap itu sangatlah mulia

Allah Taala suka, manusia juga suka

Panjatkanlah doa kepada Tuhan

Memohon pertolongan kepada-Nya

Usaha kita tiada berkesan

Bantuan Tuhan perlu ada

Anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih dijemput hadir ke majlis bersama para pelatih Kolej Antarabangsa Kirby, Cyber Jaya – Sesi taklimat

 

Suasana program bersama Kolej Kirby

 

Anak-anak RALK membuat persembahan dihujung majlis di Kolej Kirby.

 

Para tetamu dari Macdonald yang singgah di RALK pada pagi Ahad

 

Wakil Macdonald Puchong, seramai 10 orang yang menziarahi RALK

@ sup bonser restoran..yasin dan tahlil

Anak-anak RALK dijemput hadir ke majlis bacaan Tahlil dan Yasin di Restoran Sup Bonser

 

Anak-anak RALK yang diberi peluang mengikuti eksplorasi sains di UKM Bangi

 

BERITA BERGAMBAR

Para Pengajar dan Petugas di Rumah Amal Limpahan Kasih

Para Pengajar dan Petugas di Rumah Amal Limpahan Kasih

Wakil RALK bergambar dengan Tuan rumah di majlis Yasin dan tahlil sempena meraikan keputusan cemerlang SPM anak Cik Ta

Wakil RALK bergambar dengan Tuan rumah di majlis Yasin dan tahlil sempena meraikan keputusan cemerlang SPM anak Cik Ta

anak-anak talk seramai 30 orang ..

Seramai 30 orang anak-anak RALK dijemput hadir di majlis di rumah Cik Ta

abg pa'ah join sekaki .. huhu

Tuan Rifaah Ashaari turut mengambil peluang bergambar dengan Cik Ta serta suaminya.

Taklimat kursus pendidikan ...

Taklimat kursus Pendidikan di RALK pada musim cuti sekolah baru-baru ini.

Ust Wadud sesi macro teaching kump 4

Sesi macro teaching untuk kumpulan 4 – Kursus Pendidikan

Anak2 sedang mendengar nasihat2 mutiara2  dn kata2 hikmah  dari sy asri utk membina roh supaya hidup.

Di musim cuti sekolah baru-baru ini, sebahagian anak-anak RALK dibawa bersiar-siar sambil menziarahi keluarga salah seorang dari mereka. Gambar menunjukkan anak-anak RALK sedang diberi kata-kata nasihat untuk menghidupkan jiwa dan minda mereka

Anak2 beramai solat jemaah di rumah nenek izuddin kt tg malim

Anak-anak bersolat jemaah di rumah nenek seorang rakan mereka

Ya Allah jadikanlah kami contoh terbaik bg semua org...@ masjid almuqarrabin

Anak-anak RALK dijemput hadir dalam majlis di Masjid AlMuqarrabin – Muga-muga Allah jadikan mereka sebagai contoh yang terbaik bagi semua orang

 

 

 

Call Now
Directions