Tag Archives: rumah kebajikan kanak-kanak

IBADAH QURBAN AMAL UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT 2024

Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati, 
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, kami masih membuka peluang dengan menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1445H bersamaan / 17 hb Jun 2024 pada tahun ini. Daging Qurban yang telah disembelih akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, Sekolah Agama, Institut Tahfiz dan sebagainya yang telah kami kenal pasti.

2. Disertakan borang penyertaan ibadah qurban amal tersebut : 

1.Harga satu bahagian daripada seekor lembuRM 860.00
2.Harga untuk seekor lembuRM 6,000.00
3.Harga untuk seekor kambing RM 1,200.00

3. Segala keuntungan atau lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Rumah Limpahan Kasih (RLK) yang kini amat memerlukan bagi menampung seluruh keperluan dan urusan Rumah Kebajikan kami. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian berikut :

  • Whatsapp RLK : 011-69889829
  • En Zahid : 011-28504073
  • Pn Hajar : 014-7656275

4. Akhir kata RLK mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan. Semoga usaha kecil yang kita jalankan ini akan dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan mereka dan Tuhan memberkatinya.

Sekian, terima kasih.

(Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ianya akan menjadi tunggangan ketika kamu meniti Titian Siratul-Mustaqim di akhirat kelak”).

Yang berusaha, 
(En. Zahid B Azhar)
PENGETUA

Mari sama-sama kita mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata;

“Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)

“Marilah kita membela nasib orang lain mudah-mudahan Allah akan membela nasib kita kelak”

BERSEDEKAH SEMAMPU MUNGKIN

عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة

Daripada Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya; “Bagaimana jika ia tidak mempunyai apa-apa? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Hendaklah dia menolong orang yang kesusahan atau sangat memerlukan bantuan.’ Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Suruhlah orang melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf’. Mereka bertanya lagi; ‘Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ‘ Baginda bersabda: Tahanlah dirimu diri dari kejahatan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.’ (HR Bukhari No: 5563) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar umatnya agar menjadi insan yang berguna, sentiasa memberi bukan mengharap pemberian.

2.  Pemberian tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Sumbangan boleh dalam bentuk tenaga, harta, ilmu, kemahiran, nasihat yang berguna, buah fikiran yang baik, kepakaran yang dimiliki dan sebagainya.

3.  Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan menyumbang untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.

4.  Bersedekah dan menyumbang menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah atau menyumbang sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.

5.  Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain dalam bentuk harta, menjadi sedekah juga bagi kita apabila dapat  menyuruh kepada kebaikan.

6.  Jika tidak ada apa-apa yang boleh diberikan untuk kebaikan orang lain, maka tahan diri dari melakukan sebarang kejahatan. Kejahatan amat luas pengetiannya. Ia merangkumi kezaliman dengan mencerobohi nyawa, maruah, harta orang lain sama ada dengan perbuatan, perkataan, memek muka, tulisan, gambar, atau menyimpan dendam serta buruk sangka terhadap sesama manusia. Jadi apabila Nabi SAW bersabda “tahan dirimu dari kejahatan” bererti mendidik diri agar menjauhi kejahatan lahir dan batin.

7.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab dan akhlak mulia. Diajukan kepadanya soalan bertubi-tubi, namun setiap satunya dilayani dan dijawab dengan tenang tanpa mengherdik atau merendah-rendahkan si penanya.

KISAH IMAM BESAR

Tulisan ini sungguh panjang…
Tapi sebagai seorang Cikgu, Guru kita wajib baca….sebagai panduan dan pedoman bagaimana kita menyantuni anak murid kita yang pelbagai kebolehan mereka…
Sebagai Guru kitalah paling banyak diuji KESABARAN…
Sungguh Menyentuh Hati, Sebenarnya Imam Syafi’i memiliki Murid “Slow Learner” dan Begini Cara Beliau Mengajarnya.
__
Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.
Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,
“Rabi’ Sudah faham atau belum ?”
“Belum faham, ”jawab Rabi’.
Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.
Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.
Rabi’ rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi’i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.
Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.
Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?
Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.
Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?
Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata,
”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”
Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.
Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya.
Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.
Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.
Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?
Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?
Sudahkan kita, para guru dan orang tua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?
Terima kasih utk ingatan ini.

REZEKIKAN KAMI YA ALLAH

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan.
Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup.
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah Taala, Tuhan yang mencipta engkau.
Dengan engkau membuat dosa dan meninggalkan perintah-Nya.
Selagi engkau hidup, di waktu perlu makan, Tuhan masih memberi engkau makan.
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat.
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan Tuhan yang memberi engkau makan.
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar.
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa.
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun.
Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Tuhan.
Di waktu engkau hendak berhibur, diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata.
Di waktu engkau keletihan, Tuhan tidurkan engkau untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan.
Selepas tidur, badan engkau segar dan bertenaga semula.
Tapi setelah engkau dapat tenaga, engkau membuat dosa dan noda.
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan.
Begitulah sepanjang hidup harian engkau.
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau.
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepada-Nya.
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir, satu masa nanti engkau akan menemui-Nya.
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk.
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau?

Call Now
Directions