BUATLAH KEBAIKAN KERANA ALLAH, PENCIPTA MANUSIA

Bukan senang orang yang berkuasa hendak adil,
Tidak menyalahgunakan kuasa ketika berkuasa,
Bukan mudah orang yang kaya hendak pemurah
Kerana harta itu dicintai
Bukan senang orang yang pandai hendak merendah diri,
Kerana kepandaian itu membawa kemegahan,
Mendorong sombong dan meninggi diri,
Bukan senang hendak lahirkan rasa bertimbang rasa,
Kerana manusia itu sifatnya mementingkan diri,
Memikirkan diri sendiri, sayang dengan diri,
Kalau berlaku juga ada beberapa faktor,
Mungkin kerana nama, disayangi, takut tidak dihormati,
takut tidak dipeduli,
Atau takut dibenci atau takut dimusuhi,
Kalau ia berlaku kerana faktor-faktor tadi,
Ini tidak aci, tidak dapat pahala atau Allah tidak
meredhai,
Sungguh rugi tidak sampai dibawa mati,
Jika ia terjadi kerana keredhaan Ilahi,
Kerana takutkan Allah atau cintakan Rabbul izzati,
Ia diberi pahala, Allah redha side effectnya manusia suka,
Oleh itu buatlah kebaikan jangan kerana manusia,
jangan kerana bangsa dan negara,
Biarlah ia dibuat kerana Allah pencipta manusia,
Manusia tetap ikut suka,
Kita adalah ciptaan Tuhan,
Biarlah hidup mati kita kerana Tuhan,
Bukan kerana manusia dan negara
Kalau mendapat untung hanya di dunia sahaja

13-05-05

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions