GARA-GARA GADIS IDAMAN

Sebuah Kisah Tauladan:

Dalam usia remajanya, Abdullah bin Mubarak telah jatuh cinta
pada seorang gadis cantik yang telah membuatnya tergila-gila dan
rindu siang serta malam.

Suatu malam, dia sangat ingin melihat kekasihnya. Oleh kerana itu
dia cuba untuk mengintai-intai rumah si buah hati. Kerana besarnya
keinginannya, dia sanggup berdiri di bawah dinding rumah rumah
kekasihnya berjam-jam dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk. Ketika
azan subuh berkumandang, dia menyangka ia adalah azan Isyak. Akan
tetapi apabila melihat kelangit dan ternampak fajar siddiq, barulah
dia sedar bahawa waktu telah pagi. Dia menyesali perbuatannya yang
tidak membuahkan hasil itu.

“Wahai putera Mubarak! Anak yang tidak tahu malu! Malam-
malam seperti ini engkau sanggup berdiri sampai ke pagi kerana
menurut kemahuan nafsumu.” Kata Abdullah.

Akan tetapi, apabila seorang imam menbaca surah yang
panjang, engkau menjadi sangat risau dan merungut.”

Sejak itu, Abdullah bin Mubarak menjadi gelisah yang tidak
berkesudahan, lalu menyibukkan dirinya dengan berbakti kepada Allah.
Sehingga dalam usia remaja itu, telah kelihatan tanda-tanda
keramatannya.

Suatu hari ibunya pergi ke sebuah taman, dia melihat
Abdullah sedang tidur dibawah pokok bunga mawar, sementara
berdekatan dengannya ada seekor ular yang berkawal sambil menghalau
lalat-lalat yang ingin mengganggunya.

Ketika tinggal di Makkah, dia telah membahagikan waktu
kepada tiga. Tahun pertama dipergunakannya untuk mengerjakan ibadah
haji. Tahun kedua, ikut berperang di jalan Allah dan tahun ketiga di
isinya dengan berniaga. Keuntungan yang diperolehinya dari
perniagaannya itu, dibahagi-bahagikan kepada murid-muridnya dan
orang-orang yang miskin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions