KAMBING KORBAN

 

‘Peristiwa” ini berlaku beberapa hari sebelum raya korban

Kambing (K): Bila hari raya korban?

Manusia (M): Insya Allah 15 Oktober ni. Kenapa?

K : Saja nak tahu, nama aku naik tak?

M : Macam tiada dalam senarai.

K ; huhuhu…. (Menangis)

M : Kenapa kamu menangis? Kan kamu tak disenaraikan.

K : Itu yang aku tangiskan. Aku nak sangat namaku disenaraikan. Tahun depan belum tentu aku masih hidup lagi.

M : (terdiam sejenak)….. Huhuhu… (Terus menangis)

K : Kenapa kamu menangis juga?

M : Kamu beruntung jadi kambing.

K : La…. Kan kamu beruntung jadi manusia, jadi khalifah atas bumi ini. Kami kambing-kambing semua kena berkhidmat pada manusia.

M : Betul. Namun kamu selamat walaupun kena berkhidmat dengan aku kerana kamu tak akan masuk neraka. Aku manusia, akan disoal atas apa yang dipertanggungjawabkan kepada aku. Apa yang aku terima, yang halal akan dihisab, yang haram akan diazab. Segala yang aku pimpin dan tadbir akan dipersoalkan di akhirat nanti. Hatta seekor kambing macam kamu kalau mati di tepi kandang ini pun akan aku ditanya nanti.

K dan M : huhuhu…. (Kedua mereka pakat menangis)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekadar sebuah kisah. Bukan cerita yang sebenar. Namun ‘peristiwa’ ini kalau kita amati betul-betul nescaya ada pengajarannya.

1. Haiwan/ binatang ternakan pun sangat ghairah untuk dijadikan korban. Walaupun nyawa sebagai taruhannya, mereka akan terus berkhidmat kepada manusia, iaitu sebagai kenderaan tunggangan melintasi sirat.

2. Apakah manusia tidak snggup untuk mengorbankan masanya, tenaganya, hartanya dan dirinya untuk keselamatan dirinya sendiri di akhirat nanti?

3. Sejarah para sahabat berlaku bilamana Amirul Mukminin Saiyidina Omar, di dalam muhasabahnya merintih di malam hari, ‘Hai Omar, apakah nanti engkau akan jawab di hadapan Allah seandainya ada seekor kambing mati di tepi sungai furat’.

4. Sejarah juga menceritakan bahawa Saiyidina Omar Al Khattab, berkata-kata kepada rumput, ‘ wahai rumput, bertuahnya engkau kerana menjadi rumput. Engkau tidak akan disoal siasat di akhirat nanti, sedangkan aku tak akan terlepas dari disoal dihadapan Allah nanti’.

5. Roh sangat berinteraksi dengan roh. Manusia hari ini pun sudah bercakap dengan pokok bunga dan tanaman, haiwan ternakan dan binatang peliharaan. Maka mengapa manusia tidak mahu berhubung dengan roh Nabi Muhammad SAW? Sedangkan baginda sangat mendengar dan akan merespon dengan kita. Bukankah setiap selawat ke atas Rasul dibalas dengan 10 kali ganda oleh Baginda.

Mengapa kita tidak berinteraksi dengan Penciptanya? Kan Dia yang menjadikan manusia dan Dia yang mempersiapkan segala keperluan manusia. Dia Yang Maha Baik tidak rehat walau sesaat pun untuk memberikan segala apa yang diperlukan oleh manusia. Dia kan ‘BOS’ kita untuk mendengar segala rintihan kita. Mengapa tidak kita manfaatkan sepenuhnya ‘BOS’ sungguh-sungguh yang sangat memberi manfaat dan sangat mampu

Jadi di Hari Raya Korban, marilah sama-sama kita bertaubat akan dosa-dosa kita serta membuat tebusan dosa melalui ibadah korban ini serta mengorbankan masa, tenaga, harta dan wang ringgit kita.

Ampun maaf kepada semua dan Selamat Berhari Raya dan berkorban.

sumber: http://mka313.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions