PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

https://www.facebook.com/pages/Chancellery-University-of-Malaya/129693207113127

Program Bersama Anak-anak Yatim, Rumah Amal Limpahan Kasih.

KUALA LUMPUR – Seramai 40 anak-anak dari Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) membuat lawatan ke Universiti Malaya (UM) dan berbuka puasa bersama Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin, di sini, semalam.
Anak-anak bertuah ini bukan sahaja dapat melawat beberapa kawasan di Universiti terbaik di Malaysia malah dapat bertemu mesra bersama Pengurusan tertinggi Universiti tersebut. Antaranya ialah Pendaftar UM, Encik Yusoff Musa, Timbalan Pendaftar Kanan UM, Encik Mahamad Apandi Khalid dan juga Presiden Jawatankuasa Perhubungan dan Jaringan Staf (SENSE) Jabatan Pendaftar, Puan Siti Salwa Md Padzil.
Encik Irwan Saufi, Pengarah Program dan juga Ahli SENSE, Jabatan Pendaftar berkata program sebegini dianjurkan untuk meraikan anak-anak bertuah pada bulan yang mulia ini dan juga dapat mendedahkan mereka kepada persekitaran universiti sebenar.
“Antara pengisian program ialah melawat Perpustakaan Universiti, Dewan Tunku Canselor (DTC), Pusat Kebudayaan, dan Galeri Seni UM,” katanya.
Irwan juga berkata beliau sangat gembira dapat melihat anak-anak bertuah ini tersenyum dan gembira ketika membuat lawatan ke beberapa tempat di UM.
“Program seperti ini merupakan Program Khidmat Masyarakat dan dianjurkan oleh SENSE yang merupakan sebuah organisasi mewakili Jabatan Pendaftar dimana Program-program Khidmat Masyarakat dianjurkan dan melibatkan warga UM sendiri dan juga masyarakat luar,” katanya lagi.
Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin dalam ucapanya berkata beliau berharap dengan pendedahan persekitaran Universiti kepada anak-anak ini dapat menaikkan semangat mereka untuk berjaya dalam hidup.
“Saya berdoa agar anak-anak ini diberikan peluang untuk belajar hingga ke menara gading dan juga menjadi antara yang bertuah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya,” katanya.
Majlis juga diakhiri dengan solat terawih berjemaah bersama Pendaftar dan Naib Canselor UM.
Dalam keratan akhbar pada 10 Jun 2015, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata UM berada di kedudukan ke 29 dalam QS Asia Rankings dan berdasarkan QS Ranking, UM berjaya memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-167 kepada 151 dan juga merupakan Universiti Awam terbaik di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions