RENUNGAN – KATEGORI ORANG YANG BERIBADAH

Orang beribadah kepada Allah,
Ada tiga kategori
Atau ada tiga firkah,
Yang pertama: Ibadah kerana Allah,
Yang kedua: Ibadah hendakkan fadhilat dari Allah,
Yang ketiga: Orang ibadah hendakkan khadam dari Allah,
Yang Pertama,
Orang yang beribadah kerana Allah,
Bukan kerana fadhilat,
Bukan kerana khadam dari Allah,
Yang Kedua,
Hendakkan fadhilat dari Allah tidak salah,
Tetapi ikhlasnya kepada Allah rendah,
Yang Ketiga,
Orang yang beribadah kerana khadam
Diharuskan Allah tetapi tidak jadi ibadah,
Kalau kita lihat lahirnya ketiga-tiga firkah tadi
Sama sahaja,
Tidak ada perbezaan dari segi lahir,
Sama-sama bersembahyang, sama-sama wirid,
Sama-sama zikir, sama-sama puasa sunat,
Tetapi yang membezakan itu orang ramai tak nampak,
Yang tahu orang yang beribadah itu,
Kerana Allah ke,  kerana Fadhilat ke,
Kerana khadam ke,
Kerana Allah side effectnya baik,
Dia boleh membakar mazmumah,
Kerana fadhilat,
Dia tidak boleh membakar mazmumah,
Tetapi kerana khadam,
Dia menyuburkan mazmumah,
Masing-masing ada niat yang tersendiri,
Orang yang beribadah kerana fadhilat,
Walaupun tidak salah,
Tetapi side effectnya tidak ada kesan yang positif,
Dia tidak boleh membunuh mazmumah,
Jangka panjang fadhilat akan rosak
Bila mazmumah masih ada,
Mazmumah itu mendorong membuat dosa,
Kalau orang itu membuat dosa,
Tidak ada apa-apa fadhilat,
Kalau orang yang beribadah
Hendakkan khadam dari Allah,
Side effectnya negatif terserlah,
Seperti sombong, pemarah, megah,
Ketiga-tiga firkah ini,
Juga Allah tolong,
Dari segi lahirnya sama,
Orang yang Tuhan tolong beribadah kerana Allah,
Pertolongan itu dikatakan karamah
Atau barakah,
Kalau orang beribadah kerana nak dapatkan khadam dari Allah,
Kalau dapat orang yang jahil mengatakan karamah,
Yang sebenarnya itu khadam ayat,
Seperti berjalan di atas air,
Terbang di udara,
Dan lain-lain lagi,
Cuma kadang-kadang hasilnya sama,
Tetapi Tuhan bagi maksudnya tidak sama,
Yang satu kerana ikhlas,
Dikatakan karamah dari Allah
Atau barakah dari Allah,
Yang lain diberi oleh Allah
Darjat atas dunia iaitu khadam,
Orang tidak faham dikatakan karamah atau barakah,
Tetapi tidak,
Ibadah yang sebenarnya adalah yang pertama,
Yang kedua dia punya ikhlas sudah rendah,
Walaupun untuk akhirat tetapi adalah kerana-kerana,
Orang yang beribadah kerana Allah,
Dia beribadah semata-mata kerana Allah,
Tetapi bagi orang yang nak khadam,
Tertipu dengan amal,
Kerana dia nakkan di dunia lagi,
Bahkan ilmu khadam akan merosakkannya,
Jadi sombong, megah dan pemarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions