Tag Archives: Al Quran

RAMADHAN BULAN AL QURAN YANG AGUNG

 

Image result for image al quran

Bulan Ramadhan bulan yang mana diturunkan padanya Al Quran untuk jadi petunjuk kepada manusia dan untuk menunjukkan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebenaran itu. Dan untuk membuktikan bahawa Al Quran adalah pemisah antara yang hak dengan yang batil.

Dalam ayat ini baru kita tahu Ramadhan ini besar, agung.dan di bulan agung ini Tuhan datangkan ibu ilmu iaitu Al Quran, ilmu yang tidak pernah disentuh lagi oleh manusia, belum ada manusia campur tangan samada yang sebelum mahu pun sesudah. Dia merupakan barang ‘pure’ dari Tuhan untuk manusia. Tuhan tak kata untuk orang beriman sebab waktu Quran mula diturunkan mana ada orang beriman, sebab itu diseru untuk manusia yang belum beriman. Bila datangnya Al Quran manusia yang tak beriman terus jadi beriman. Kalau begitu apa yang kita faham kedatangan setiap kali bulan Al Quran bermakna kedatangan ilmu dari Tuhan. Setiap kali Ramadhan datang, setiap kali pula umat Islam yang mungkin di bulan-bulan lain tak ada kesempatan untuk mengkaji ilmu Al Quran maka diperuntukkan satu bulan untuk mengkaji ilmu Al Quran. Oleh sebab itu Tuhan jadikan bulan Ramadhan bulan puasa. Bila berpuasa ikut sistem Tuhan, bukan sekadar tak makan tak minum tapi nafsu yang berpuasa, fikiran yang berpuasa, jiwa yang berpuasa, perasaan yang berpuasa. Orang itu saja yang boleh jadikan sebulan itu dia dapat ilmu Al Quran yang banyak, sebab puasa itu, seperti mana yang digambarkan tadi. Bukan tak makan, tak minum tapi boleh menerima ilmu wahyu, mudah boleh terima ilmu, mudah faham. Itu untungnya disuruh berpuasa.

Sebab jiwa yang bersih dari nafsu dan akal yang bersih dari nafsu sangat mudah memahami ilmu Al Quran, itulah hikmahnya digandingkan Al Quran dengan puasa. Jadi kalau puasa ikut sistem yang sebenar, kemudian kita belajar Al Quran, sembahyang sebulan Ramadhan ikut sistem yang sebenar, ertinya kita masuk belajar di universiti Tuhan yang ilmunya sangat banyak, itulah maksudnya. Tapi pelik setiap kali Ramadhan datang kita tak dapat ilmu Al Quran. Setiap kali Ramadhan datang, kita tak dapat ilmu wahyu. Inikan sudah melanggar sistem, sudah jauh dari apa yang dikehendaki oleh Tuhan seolah-olahnya bila Ramadhan fikir nak makan sedap, ini konsep Ramadhan sudah beralih.Yang baik sikit nakkan fadhilat yang banyak. Itu baik sikit tapi itu pun dah terseleweng. Padahal kedatangan Ramadhan nak canai hati supaya datang ilmu Al Quran, dikaji, di tadabbur, mudah difaham, mudah dihayati, mudah diamalkan.

Pernahkah tak kita rasa bila Ramadhan datang, itu yang kita target dan jadi cita-cita kita. Tak pernah. Jangan-jangan baru hari ini kita dengar. Padahal Ramadhan ertinya masuk universiti Tuhan nak terima ilmu dari 30juz Quran, 6666 ayat dan 114 surah. Tuhan ada berkata maksudnya ilmu Tuhan itu sebanyak yang ada dalam Al Quran. Kalau ditulis dengan dakwat hingga kering dakwat seluruh dunia, datangkan dakwat sebanyak itu lagi, takkan habis ilmu Tuhan yang tersirat dalam Al Quran. Kalau itulah yang digambarkan oleh Tuhan, tak terasa apa-apa pun Ramadhan kita? Tak rasa nak berhadapan dengan sesuatu yang besar? padahal Tuhan berkata, kalau kering dakwat di dunia ini kemudian didatangkan dakwat sebanyak itu juga pun tak habis ilmu Tuhan. Kalau kita nak berhadapan dengan Ramadhan kita berfikir begini jadilah. Sebab ilmu Tuhan itu hebat, tak mungkin ditarget semua, kalau sedikit jadilah, maksud sedikit diatas banyak. Kalau sedikit dari seribu atau sejuta itukan banyak. Kalau sedikit dari satu itu memanglah sedikit, ini tidak yang kita maksud sedikit dari sejuta itu nisbah tapi itu banyak. Tapi pernahkah kita berfikir begini? Inilah generasi umat Islam. Bulan ilmu tak terasa nak berhadapan dengan ilmu, terasa nak berhadapan dengan lapar sahaja. Waktu lapar, makan banyak-banyak waktu Maghrib, terus rehat-rehat sekejap baru sembahyang. Kan dah jauh dari konsep puasa sebenar. Siapa ajar ini semua? Ini yang kita hairan.

Bulan Ramadan bulan ilmu. Tapi dah 20 tahun berpuasa tak dapat ilmu. Baca juga Al quran bertambahkah ilmu? Padahal Al Quran itu kalau ambil kulit pun jadilah itupun kalau nisbah benda. Kalau ilmunya ibarat barang berketul tak larat nak bawa.

Di dalam bulan Ramadhan juga berlaku Nuzul Quran di mana turunnya Al-Quran seperti diceritakan oleh Tuhan dalam Quran itu sendiri, Surah Al-Qadr, ayat 1, maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr (kemuliaan)”.

Dalam ayat yang lain, Tuhan memberitahu turunnya Al-Quran itu ialah pada bulan Ramadhan. “Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.”(Al-Baqarah:185)

Maksud daripada nuzul Quran ini iaitu turunnya Al-Quran ialah Al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam “lailatul Qadar”, dari Loh Mahfuz ke langit ke-7, langit yang hampir dengan dunia (Baitul Izzah). Kemudian daripada itu, Al-Quran itu diturunkan secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun kepada Rasulullah oleh malaikat Jibril dalam bentuk wahyu.
Ayat yang pertama diturunkan ialah ayat 1-5 dalam surah Al-Alaq. Ada pendapat yang menyebut turunnya Al-Quran pada malam 17 Ramadhan. Pendapat lain berhujah, ia turun pada malam 24 Ramadhan.

Jelas kepada kita, bulan Ramadhan dengan Al-Quran seperti tidak dapat dipisahkan. Disebut juga, Ramadhan itu bulan Al-Quran. Justeru, adalah menjadi satu tuntutan kepada kita untuk membaca Al-Quran di bulan Ramadhan. “Baca” di sini boleh dikaitkan dengan 2 ayat dalam Quran.

Pertama, maksud ayat, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Al-Alaq:1)
Kedua, maksud ayat, “Dan apabila kamu membaca Al-Quran, nescaya kami adakan pada kamu “hijaban mastura” (pendinding yang berlapis-lapis)” (Al-Isra:45)

Tuntutan daripada ayat-ayat di atas sebenarnya bukan sekadar baca. Lebih-lebih lagi kepada kita, kalau tak faham bahasa Arab, baca Al-Quran tak memberi makna apa-apa. Oleh itu mari kita faham tuntutan Al-Quran, iaitu:

1)Baca Al-Quran, selepas daripada itu;
2)Faham Al-Quran
3)Hayati dan amalkan
4)Sampaikan
5)Perjuangkan

Peristiwa Nuzul Quran di bulan Ramadhan ini bukan sekadar menjadi catatan sejarah. Al-Quran adalah panduan hidup kita. Gunakanlah masa sebaiknya di bulan Ramadhan untuk memenuhi tuntutan Al-Quran seperti yang disebut di atas. Jangan sekadar membacanya. Walaupun mendapat pahala, ia tidak memberi kesan apa-apa pada peribadi kita. Kita tak dapat manfaat daripada Al-Quran. Sudah lama kita membaca Al-Quran tetapi Al-Quran tidak mendidik kita. Bahkan Al-Quran tidak mengubah diri kita menjadi orang yang cinta dan takut Tuhan. Moga-moga ini menjadi iktibar untuk kita bersama.

Lailatul Qadar pula adalah hadiah dari Tuhan kepada hambaNya yang berjaya di bulan Ramadhan. Ganjarannya pahala menyamai ibadah 1000 bulan. Tidak semua yang akan mendapat hadiah tersebut. Hadiah hanya diberi kepada yang berjaya. Macam orang yang menduduki peperiksaan, tak semua akan berjaya. Dan hanya yang berjaya sahaja diberi hadiah. Samalah di sini untuk yang beribadah di bulan Ramadhan. Tak semua akan mendapat hadiah Lailatul Qadr. Ia hanya diberi kepada mereka yang berjaya sepanjang Ramadhan.

Ramai orang beribadah; puasa, solat, baca Quran, sedekah dan terawih, mengejar lailatul Qadar tetapi mereka tertipu. Mereka menyangka mereka akan dapat hadiah. Tidak, kerana hadiah hanya kepada orang yang berjaya. Ia adalah rahmat Tuhan kepada orang yang berjaya baiki diri. Iaitu orang yang ibadah mereka ada roh. Bukan sekadar lahir beribadah, tetapi ianya dihayati dan dijiwai. Ibadah mereka berbuah yakni mendatangkan kesan kepada peribadi seterusnya meningkatkan taqwa.

Jadi, janganlah kita mengejar lailatul Qadar seolah-olah kita dah dapat hadiah tersebut. Belum lagi. Berbuatlah ibadah kerana Tuhan. Soal hadiah jangan difikirkan. Itu hanya fadhilat. Itu hak Tuhan menentukan. Takut-takut nanti kita beribadah bukan kerana Tuhan tetapi kerana nak dapat hadiah Tuhan. Mana lebih besar? Tuhan atau hadiahNya? Oleh itu sesama kita merenung apakah selama ini kita sudah berbuat semata-mata kerana Tuhan? Apakah kita boleh berjaya dalam melalui Ramadhan di tahun ini?

PEMBACA-PEMBACA AL QURAN

Banyak orang membaca Al Quran hanya membaca tulisan,
Tidak membaca maksud Al Quran,
Kalau membaca tulisan, maksud Al Quran tidak akan dapat difaham,
Kalau begitu walaupun beratus kali membaca Al Quran,
Tak dapat pengajaran dan keinsafan,
Macam himar membawa kitab,
Seperti yang diceritakan oleh Al Quran,
Kalau membaca Al Quran hanya membaca lafaz yang lahir semata-mata
orang yang membaca tidak dapat ilmu pengetahuan,
tidak dapat ilmu dan pengetahuan maka tidak dapat pengajaran,
Jika tidak dapat pengajaran yang punya diri tidak membuat perubahan,
Orang membaca Al Quran seperti ini hanya dapat laknat Tuhan,
Membaca Al Quran bukan meniti diatas lafaz dan tulisan lahirnya seperti yang disuratkan,
Membaca Al Quran mestilah menyelam ilmu dan pengetahuan untuk menjadi pengajaran,
Supaya peribadi yang membaca dibentuk oleh Al Quran
Agar menjadi generasi Al Quran sezaman,
Selepas itu disambung oleh generasi yang kemudian,
Begitulah sambung menyambung setiap zaman,
Tetapi tidak berlaku seperti yang telah disebutkan,
Begitulah pembaca Al Quran diakhir zaman sudah diselewengkan,
Yang menggalakan membaca Al Quran dipolitikan
Untuk mengelirukan Umat Islam supaya mereka dikatakan memperjuangkan Al Quran,
Yang tukang baca dikomersialkan dan cari makan,
Tukang anjur dan tukang baca orang meluat memandang,
Sikap mereka tidak membayangkan generasi Al Quran,
Tapi membayangkan tukang-tukang cari makan diakhir zaman,
Kalau ada orang yang memperjuangkan Al Quran di segi amali,
Mereka-mereka yang menentang dan menjadi penghalang,
Seolah-olah mereka golongan munafik melahirkan keislaman
Menyembunyikan kekufuran,
Sungguh susah hendak perjuangkan Islam di akhir zaman,
Yang hak dengan yang batil kesamaran,
Sedangkan orang ramai sudah tidak ada pengetahuan,
Yang mana membawa kebenaran dan yang mana membawa kebatilan,
Sungguh susah hendak dikenal.

Sabtu,
05.11.05-02
3 Syawal 1426 H
2.50 petang

KEMATIAN ITU PASTI – BILA-BILA AKAN TERJADI

Image result for image malaikat pencabut nyawa
Assalamualaikum….

Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Sibuk tak tentu hala. Yang dikejar belum tentu dapat tapi yang pasti solat ditinggalkan!! Sibuk dengan jadual hari-hari tidak habis-habis….Rindu orang itu, rindu orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar entah ke mana, solat maghrib tak tahu ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
“Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat.”
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, “Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.”
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu dah nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

“Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*”
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

“Nak apa?” Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni. “Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan”

Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?

Jaga solat, jaga aurat, jaga syariat wahai sahabat2ku… Tepuk dada, tanya iman!!!

Ingat Allah – ingat malaikat maut yang tengok kita satu hari 70 kali.. Syukurlah kerana kita belum mati. Masih ada waktu untuk kita baiki diri. Jangan bertangguh lagi okey!!

SOLAT TAHAJUD YANG INDAH

SEJARAH telah mencatat bahawa Rasulullah Saw dan para sahabat selalu melaksanakan solat tahajud. Solat tahajud adalah solat yang sangat mulia. Keindahan dan keajaiban melaksanakan solat tahajud telah tercatat dalam Al Quran. Ada beberapa keindahan solat tahajud seperti berikut ini:

1. Solat Tahajud sebagai tiket masuk Syurga …
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah,” Hai sekelian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkanlah solat malam ketika manusia lain sedang tidur, nescaya kalian masuk Syurga dengan selamat. “(HR. Ibnu Majah).

2. Amal yang menolong di Akhirat …
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman Syurga dan di mata air-mata air,seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka. Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah). “(QS. Az Zariyat: 15-18)
Ayat di atas menunjukkan bahawa orang yang sentiasa bertahajud InsyaAllah akan mendapatkan balasan yang sangat nikmat di Akhirat kelak.

3. Pembersih penyakit hati dan jasmani …
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, (solat malam dapat) mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, (solat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh. “(HR.Ahmad)

4. Sarana meraih kemuliaan …
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapat balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah solat waktu malam dan tidak perlunya dimuliakan orang lain. “(HR. Al Baihaqi)

5. Jalan mendapatkan rahmat Allah …
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Semoga Allah merahmati lelaki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika isterinya menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya. “(HR. Abu Daud)

6. Sarana Pengabulan permohonan …
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat tahajud dengan ikhlas. Rasulullah Saw bersabda,

“Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda,” Sesungguhnya di malam hari, ada satu masa yang apabila seorang Muslim meminta kebaikan dunia dan Akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam. “(HR. Muslim)

7. Penghapus dosa dan kesalahan …
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah sawbersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

8. Jalan mendapat tempat yang terpuji …
Allah berfirman,
“Dan pada sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatkamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra ‘: 79)

9. Pelepas ikatan syaitan …
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila dia solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa. ”

10. Waktu utama untuk berdoa …
Amru Ibn ‘Abasah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Saw,”Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar? “, RasulullahSaw menjawab,” Tengah malam terakhir, maka solatlah sebanyak yang engkau mahu, sesungguhnya solat waktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka Allah menyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya) “(HR.Abu Daud)

11. Meraih kesihatan jasmani …
“Hendaklah kalian bangun malam. Sebab hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Wahana pendekatan diri pada Allah swt, penghapus dosa, dan pengusir penyakit dari dalam tubuh. “(HR. At-Tarmidzi)

12. Penjaga kesihatan rohani …
Allah SWT menegaskan bahawa orang yang solat tahajud akan selalu mempunyai sifat rendah hati dan ramah. Ketenangan yang merupakan refleksi ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan sehari-hari di masyarakat.

Allah berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. “(QS. Al-Furqan: 63-64)

Kredit Sumber:

http://www.ibnuhasyim.com/2014/11/solat-tahajud-yang-indah.html

KRISIS NILAI DI KALANGAN UMAT ISLAM

Seluruh dunia Islam, umat Islam sudah salah berfikir,
Mereka sudah tidak pandai menilai baik buruknya di dalam kehidupan,
Mereka tidak kenal gejala masyarakat yang merosakkan kehidupan yang sebenarnya,
Ada yang dianggap gejala ada yang anggap bukan gejala,
Kerana orang tidak kenal mana padi mana lalang,
Mana pokok yang sebenar, mana pokok yang menumpang, dedalu namanya,
Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan,
Dedalu dibiarkan, pokok yang sebenar ditebang,
Yang untung dimusnahkan, yang merugikan dibiarkan,
Racun tikus dimakan ubat sebenarnya dibuang,
Akhirnya semenjak merdeka negara-negara Umat Islam tidak habis-habis masalah,
Bahkan semakin banyak masalah yang ditimpakan,
Diantaranya: perpecahan, kemunduran, kemiskinan,
kekotoran dan penindasan,
Ertinya masyarakat Islam sedunia tidak kenal mana yang baik, mana yang buruk,
Mana memberi faedah, mana yang mendatangkan padah dan parah,
Kerana kayu pengukur hanya akal dan nafsu,
Bukan Al Quran dan As Sunnah
Tidak hairanlah masyarakat Umat Islam sedunia punah ranah dan musnah
Kalau ada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi gejala pula,
Bukan sahaja tidak diterima, bahkan dianggap musuh umat dan Negara,
Setengah Negara, mereka ditangkap dan dipinggirkan,
Tapi orang yang menjadi racun kepada masyarakat dihormati dan dibelai,
Selagi krisis nilai masih berlaku dikalangan dunia dan masyarakat Islam, masalah masyarakat Islam tidak akan selesai,
Krisis nilai tidak akan selesai selagi umat Islam merujuk kepada akal dan nafsu,
Tempat rujuk yang sebenar bagi umat Islam adalah Al Quran dan As Sunnah,
Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan,
Disamping mengawal gejala masyakarakat didalam satu nilai bersama,
Agar gejala sama-sama dimusnahkan
Yang memberi faedah sama-sama dipertahankan.

14-05-05
Menjelang Zohor

Call Now
Directions