Tag Archives: Syawal

BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN

ralk3

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH
(PUSAT KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN UNTUK : ANAK YATIM, ANAK FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL & GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT) ,
Lot: 115A, Lorong Bistari 3, Kg. Sri Aman, Jln. Jurutera, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03 80618050, 03 80523814
Fax : 03 80607514 Email : limpahankasih2@gmail.com.my
Website: www.rumahamallimpahankasih.org
Ruj Kami : 07/RALK/bil.11/2015
Ruj Tuan :

Ybhg Tuan/Puan,

BERAMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) adalah pusat kebajikan yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat. Anak-anak seramai 100 orang yang menjadi penghuni di asrama RALK bersekolah di Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 3 yang terletak di bahagian atas kompleks asrama RALK. Selain mereka, anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan dengan mendaftarkan mereka di bawah Kelab Anak Yatim Se-Malaysia kelolaan RALK yang mana mereka sering di bawa menyertai aktiviti RALK.

3. Bersempena dengan ketibaan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, RALK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela mereka.

4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni RALK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat yang abadi.

• TAJAAN BERBUKA DAN TAJAAN SAHUR
• JEMPUTAN BERBUKA PUASA
• TAJAAN PAKAIAN,KASUT,TUDUNG,SONGKOK
• SUMBANGAN DUIT RAYA UNTUK ANAK-ANAKah
• SUMBANGAN BISKUT RAYA DAN JAMUAN RAYA

5. Untuk sebarang pertanyaan,boleh hubungi pejabat pentadbiran di talian 03-80523814/
03-80618050 (Pn Yani/Pn Aiman) atau di talian 0193838015 (Pn Sumaiyah).
Sumbangan juga boleh dibuat atas nama akaun:

• Maybank Limpahan Kasih Solutions : 562777220661
• Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 562777200627
• Public Islamic Bank : Limpahan Kasih Solutions : 3-81236671-7

Sekian, terima kasih.

Yang Memegang Amanah

Sumayyah Mohd Jawas

“Gembirakanlah Hamba Allah,Nescaya Allah Akan Menggembirakan Kita”
——————————————————————————————————-

BORANG SUMBANGAN/ZAKAT
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa:
Saya/ Syarikat : ……………………………………………………………………………………………………………………………………
Alamat ………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
No Faks :……………………………………………………………………………………………………………………………………….
No Telefon :………………………………………………………………………………………………………………………………………..
1. Wang Tunai / Cek :
Maybank 562777220661 (Limpahan Kasih Solutions)
Maybank 562777200627 (Pusat Pendidikan Limpahan Kasih)
Public Islamic Bank 3-81236671-7 (Limpahan Kasih Solutions)

2. Zakat : Zakat Simpanan/ Zakat Harta/ Zakat Perniagaan :………………………………………………………..

Sumbangan berikut adalah diniatkan untuk :
• Tajaan berbuka puasa bagi (nyatakan hari dan hari ke …………………….Ramadhan)
• Tajaan jemputan berbuka puasa dan sahur (nyatakan hari dan hari ke…………………..Ramadhan)
• Tajaan pakaian, kasut,tudung, songkok raya untuk :………………….orang : RM……………….
• Tajaan duit raya :RM………………………( wang tunai/cek ) Untuk …………………….orang.
• Sumbangan kuih raya dan jamuan raya : RM………………………………..

*Kami juga menjual pelbagai jenis biskut raya untuk jualan amal RALK. Sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk sendiri atau disumbangkan kepada anak-anak yatim dan miskin, boleh hubungi kami di talian 03-80523814/03-80618050 ( Pn Yani/ Pn Aiman) atau 0193838015(Pn Sumaiyah)

Niat Hadiah Pahala :
“Adalah saya dengan ini menghadiahkan pahala sumbangan yang saya lakukan ini, sekiranya ada nilai disisi Allah,untuk arwah :
a) d)
b) e)
c) f)

“Semoga Allah memberkati segala usaha yang diberikan dengan ganjaran yang baik.”

KELEBIHAN PUASA ENAM SYAWAL

Pada Syawal ini pula, umat Islam disunatkan untuk mengerjakan puasa
sunat enam. Ia sebagai penerus kepada ibadat puasa yang dilakukan
sepanjang Ramadan.

Abu Ayyub Al-Anshari meriwayatkan, Rasulullah bersabda: “Barang siapa
berpuasa penuh pada Ramadan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam
hari pada Syawal, maka (pahalanya) seperti dia berpuasa selama satu
tahun.” (Hadis riwayat Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasai, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah
bersabda: “Puasa Ramadan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa)
sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya)
sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa
selama setahun penuh.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban).

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Barang siapa berpuasa
Ramadan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia
bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Pahala puasa Ramadan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari pada
Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap
hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, sebagaimana
disentuh dalam hadis.

Ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa
enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan
dengan berturut-turut mulai hari raya kedua.

Ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan
secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya
selama dalam Syawal.

Bagaimanapun, mengerjakannya dengan berturut-turut adalah lebih
afdal. Membiasakan puasa selepas Ramadan memiliki banyak manfaat,
antaranya:

Puasa enam hari pada Syawal adalah pelengkap dan penyempurna pahala
daripada puasa setahun penuh.

Puasa Syawal dan Syaaban bagaikan solat sunnah rawatib, berfungsi
sebagai penyempurna daripada kekurangan. Ini kerana pada hari kiamat,
perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan
sunnah.

Sebagaimana keterangan Rasulullah dalam beberapa riwayat. Majoriti
puasa fardu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan
ketidaksempurnaan. Oleh itu, memerlukan sesuatu bagi menutup dan
menyempurnakannya.

Membiasakan puasa selepas Ramadan menandakan diterimanya puasa
Ramadan. Ini kerana apabila Allah menerima amal seorang hamba, pasti
Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik selepasnya.

Sebahagian orang bijak mengatakan: “Pahala amal kebaikan adalah
kebaikan yang ada selepasnya.” Oleh itu, barang siapa mengerjakan
kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu
tanda atas terkabulnya amal pertama.

Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan,
lalu diikuti dengan yang buruk, maka hal itu adalah tanda tertolaknya
amal yang pertama.

Puasa Ramadan dapat mendatangkan maghfirah atas dosa masa lain. Orang
yang berpuasa Ramadan akan mendapatkan pahalanya pada Aidilfitri yang
juga hari pengurniaan ganjaran. Membiasakan puasa selepas Aidilfitri
adalah bentuk kesyukuran atas nikmat ini. Dan sesungguhnya tidak ada
nikmat yang lebih agung daripada pengampunan dosa.

Oleh itu, antara tanda kesyukuran yang dapat dipamerkan daripada
seorang hamba ke atas pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan
kepadanya adalah dengan berpuasa selepas Ramadan.

Sebaliknya, jika diganti dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk
kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila dia
berniat untuk kembali melakukan maksiat lagi, pada ketika melakukan
ibadah puasa, maka puasanya tidak akan terkabul. Dia bagaikan orang
yang mendirikan sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali.

Allah berfirman: “Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang
menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai-
berai kembali.” (Surah an-Nahl, ayat 92)

Antara manfaat puasa enam hari pada Syawal adalah segala amalan yang
dikerjakan oleh seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya
pada Ramadan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan mulia ini,
selama masih hidup.

Orang yang selepas Ramadan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat
kembali daripada pelariannya, yakni orang yang baru lari daripada
peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab tidak sedikit
manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadan sebab mereka
merasakan berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadan.

Barang siapa berasa demikian maka sukar baginya untuk segera kembali
melaksanakan puasa, padahal orang yang segera kembali melaksanakan
puasa selepas Aidilfitri adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah
puasa. Dia tidak bosan dan berat, apalagi benci untuk menunaikannya.

Seorang ulama salaf ditanya mengenai kaum yang bersungguh-sungguh
dalam ibadahnya pada Ramadan, tetapi jika Ramadan berlalu mereka
tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau mengulas:

“Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah secara benar
kecuali pada Ramadan saja, pada hal orang soleh adalah yang beribadah
dengan sungguh-sungguh sepanjang tahun.”

Call Now
Directions