MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN RAMADHAN & SYAWAL 1445H

Assalamualaikum,
Kepada Yang Dihormati,
Para Dermawan/Ahli Korporat/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Cik.

MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN UNTUK RAMADAN DAN SYAWAL 1445 HIJRAH/2024

2. Kami dari Pertubuhan Pusat Jagaan Limpahan Kasih (PPJLK) menaungi anak-anak Rumah Limpahan Kasih di Kg Sri Aman, Puchong. Anak-anak disini seramai 120 orang terdiri dari kalangan anak yatim, fakir miskin dan asnaf. Dasar Pendidikan kami di Rumah Limpahan Kasih ialah menjadikan Allah Tempat Bergantung Dan Nabi Sebagai Contoh Idola. Anak-anak di ajar, dididik dan dilatih tubi menjaga hubungan dengan Allah, membaiki sembahyang dan menjaga hubungan baik sesama manusia, berkhidmat dengan mereka. Pendidikan disini juga sangat menitikberatkan pembinaan akhlak mulia sebagai jati diri dalam menghadapi dunia yang sangat rosak dengan pelbagai kezaliman dan keruntuhan akhlak remaja.

3. Justeru, bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan syawal yang penuh berkat dan ganjaran keredhaan dari Allah buat hamba-hamba yang soleh, PPJLK ingin mengajak para dermawan bersama-sama kami dalam menghiburkan dan membela nasib mereka.

4. Berikut disenaraikan keperluan penghuni PPJLK untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal. Moga-moga apa jua sumbangan dari para dermawan akan menjadi bekalan di Akhirat kelak.

  • Infaq kenderaan baru /terpakai jenis van/mpv dan sebagainya
  • Tajaan majlis berbuka dan tajaan sahur / Jemputan berbuka puasa @ sahur
  • Tajaan pakaian (JUBAH) , kasut, tudung dan kelengkapannya
  • Sumbangan duit raya untuk anak-anak dan staf & kelengkapan raya (biskut dan lain-lain)
  • Zakat : zakat simpanan, zakat emas dan lain-lain
  • Alatan media baru / terpakai / peralatan elektrik.

5. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat pentadbiran di talian,  dan sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada pihak kami sama ada dalam bentuk tunai atau cek :-
Cek atas nama (MAYBANK)   :-
Pusat Pendidikan Limpahan Kasih : 5627 7720 0627 
Limpahan Kasih Solutions :  5627 7722 0661

(Call Pejabat Limpahan Kasih @ WhatsApps Limpahan Kasih)

:- 03-80523814 / 011-69889829 (untuk pertanyaan lanjut, Klik link yang di sediakan)
:- Puan Hajar : 014-7656275


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Call Now
Directions